728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Sunday, February 22, 2015

Beberapa Baker dan perniaga kecil kerugian puluhan ribu ditipu oleh Scammer yang masih lagi aktif


Assalamualaikum semua, harap sihat-sihat belaka.., tajuk entri kali ini mungkin agak berlainan seperti biasa, atas dasar keperihatinan kakwan dan cuba untuk terus tidak berhenti mencari informasi tentang scammer jadi kakwan merasakan agak penting untuk semua orang tahu dan lebih berwaspada dengan aktiviti scammer yang semakin merisaukan sekarang ni. kakwan tidak mahu jika masih ada lagi orang lain yang menjadi mangsa dengan orang yang mencuri duit dengan cara menipu,  Alhamdulillah dengan kelebihan blog yang kakwan ada dan peningkatan pengunjung, inilah masa yang terbaik untuk memberitahu semua orang terutama baker supaya berhati-hati apabila bercakap dengan orang yang tidak dikenali

Semua orang tidak terlepas daripada helah yang digunakkan scammer termasuklah kakwan sendiri

Ceritanya bermula apabila kakwan menerima panggilan daripada nombor yang tidak ada dalam telefon, biasanya segala panggilan sukar untuk kakwan jawap memadangkan kakwan sentiasa sibuk dengan tempahan didapur dan fokus untuk menyiapkan tempahan dari pelanggan, kemudian kakwan terima SMS dari nombor yang sama, tapi kali ini dia tidak membuat sebarang tempahan tetapi memperkenalkan dirinya sebagai Kak za, Kak za adalah kawan blogger kakwan yang sangat kenali dan pernah berurusan dengan kakwan, kakwan mula teruskan perbualan denganya melalui SMS, dan dia ingin memberi peluang kepada kakwan tentang peluang daripada jabatan pertanian untuk mendapatkan modal bagi memperkembangkan lagi perniagaan secara kecil kecilan, kebetulan juga perbualan ini pernah dibincangkan denganya dahulu membuatkan kakwan percaya ini datang daripadanya Kak Za yang Kak Wan kenali.

Selepas beberapa jam, dia mula SMS kakwan tentang kelebihan pinjaman ini dimana ia adalah daripada pinjaman bumiputera oleh jabatan pertanian di serdang, dan esok adalah hari terakhir untuk kemukakan kertas kerja, jadi kakwan mula kelam kabut, beberapa butiran yang diminta perlu ada bagi melalui proses ini termasuk bank statement dan lain-lain, jadi kakwan cuba dapatkan salinan seperti yang dia minta kerana kakwan masih peka dan berhati-hati.. sehingga lah dia meminta kakwan membayar sedikit bagi mempercepatkan proses sebanyak RM3800, mungkin bagi sesetengah orang nilai seperti ini tidak banyak, tetapi angka ini sangat banyak bagi kebanyakkan orang termasuk kakwan, jadi kakwan mengambil keputusan menolak pelawaan tersebut kerana ada perasaan syak dan ada yang tak kena, selepas daripada SMS itu, dia mula menelefon kakwan, kakwan terpaksa angkat kali ini, dan ternyata suaranya hampir sama dengan kawan blogger kakwan yang bernama kakza, dia mempunyai slang kelantan dan kakwan cam suaranya, dia berbual dengan mesra dan mengesyorkan  barangan bakeri dengan harga yang murah, kerana menyangkakan Kak wan berurusan dengan rakan blogger yang bernama Za, Kakwan telah melayan perbualannya dengan baik walaupun dalam hati  masih ada syak wasangka.

Lagi sekali Kak Wan menolak permintaannya dengan baik dengan menghantar sms pada malam 11 Feb.  Keesokkan paginya Kak Wan menerima lagi panggilan darinya dan meminta Kak Wan segera memasukkan wang deposit berjumlah RM1800 ke AC Noor Ashikin Abd Aziz iaitu pegawai yang memproses pembelian barangan bakeri.  Antara sedar dengan tidak, Kak Wan yang kebetulan berada di depan komputer terus membuat pembayaran online sebanyak RM1800 ke ac Noor Ashikin.  Selepas bank transfer tersebut berjaya, Kak Wan tiba-tiba tersedar dan tertanya2 sendiri kenapa memindahkan wang sedangkan Kak Wan terlah menolak urusan tersebut.

Kak Wan terus membuka blog rakan blogger Kak Za, dari no telephone yang tertera di blognya ternyata no yang digunakan berlainan..  dan bertanya adakah dia menerima pindaan wang dari Kak Wan .. sungguh terkejut kerana Za yang sebenarnya tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, memang sebelum tu dia ada menghubungi Kak Wan untuk tempahan kuih muih saja.  MasyaAllah terkejut rupanya scammer ni menyamar menjadi Kak Za yang Kak Wan kenali.. lalu anak lelaki Kak Wan membuat semakan atas nama Noor Ashikin dengan no Ac yang di beri .. sah memang namanya ada dalam list scammer yang telah membuat penipuan sebelum ini.

Selepas sedar Kak Wan telah tertipu, dengan segera ke balai polis di Subang Jaya membuat aduan, dari rekod jenayah perniagaan ada banyak kes serupa dengan Kak Wan.  Sekali lagi scammer penipu ni menghubungi Kak Wan dan dia tidak menyangka yang Kak Wan ketika itu berada di balai polis, dia menghubungi kakwan kerana ingin meminta baki yang kakwan perlu bayar, kalau ikutkan kakwan mungkin perlu membayar lebih dari RM10,000..  Kebetulan pegawai polis yang menguruskan kes ini berada di situ terus menghubunginya semula dengan handphonenya. memberi amaran dan meminta dia memulangkan semula wang yang di pindahkan oleh Kak Wan jika tidak mahu di ambil tindakan.  Mungkin takut dengan arahan pegawai polis, Za scammer bersetuju untuk memulangkan kembali wang tersebut pada keesokkan harinya.  Tunggu punya tunggu, Scammer ini terus menghilangkan diri dan tidak lagi menjawab panggilan atau SMS dari Kak Wan.



Kakwan perlu meminta bantuan anda jika menghadapi masalah yang sama agar terus membuat laporan tentang pengunaan akaun pemilik yang sama digunakan scammer ini, kerana pihak polis tidak dapat mengambil tindakan dengan pantas tanpa laporan yang banyak.., Sekarang pihak polis sedang menyiasat ac atas nama Noor Ashikin Abd Aziz kerana detail peribadinya di simpan oleh pihak bank.  Kak Wan berharap sangat si penipu ni tertangkap dan mendapat pengajaran sepenuhnya.

STATUS : MASIH LAGI AKTIF! SENJAK TAHUN LEPAS

Butiran Scammer :
Nama Pangilan dari scammer : KakZa
Akaun yang digunakan untuk mengambil duit

Nama : Noor Ashikin Ab Aziz
Nombor Akaun CIMB : 70023451147

Modus Operandi : Scammer ini akan target golongan perempuan yang baru memulakan perniagaan, dia akan mengenal pasti perbualan mangsa dan kehendaknya untuk memiliki perkakasan dapur dan seterusnya memastikan mangsa memasukkan deposit bermula dari RM1,800 - RM4000, Scammer kemudian memberitahu kesulitan barang tersebut menyebabkan mangsa perlu membayar wang selebihnya hingga lebih dari RM10,000. Scammer ini juga meminta Penyata bank dari mangsa bagi melihat sejauh mana wang simpanan mangsa.

2 Nombor nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi kakwan
  • 017-280 5497
  • 014-264 3631
Gambar terakhir scammer sebelum dia menukarkan Profile photo yang lain,


Akaun bank yang  digunakan scammer ini juga tertera didalam List scammer



Note : Nama Noor Ashikin Ab Aziz yang digunakan dalam bank akaun juga turut tertera di facebook dengan nama yang sama, tetapi kakwan tidak pasti samada itu adalah orang nya atau pun tidak

Kesilapan kakwan
  • Mempercayai scammer itu adalah kawan yang kakwan kenal dengan suara yang hampir sama tanpa usul periksa.
  • Tidak periksa terlebih dahulu kenapa perlu di masukkan wang ke ac peribadi Noor Ashikin jika urusan tersebut datang dari Jabatan Pertanian.
  • Tidak merujuk terlebih dahulu kepada suami atau anak untuk meminta pendapat.
  • Urusan yang sepatutnya sukar menjadi terlalu mudah menyebabkan kakwan leka apa yang terjadi

Tips kepada semua pembaca kakwan
  • Scammer kali ini boleh menyamar sebagai seorang rakan yang kamu kenal dengan corak perbualan yang hampir sama, Jadi untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang pastikan nombor telefon tersebut adalah benar-benar daripada rakan anda dan pastikan anda tahu dimana tempat tinggal mereka, tempat bekerja dan orang-orang yang mengenalinya dan bukan kenal pada tempoh yang sangat singkat.
  • Jika anda di minta membuat pembayaran ke no akaun nya,  pastikan anda copy nombor akaun nya di google dan lihat jika terdapat maklumat tentang nombor akaun berkenaan
  • Jangan buat sebarang pembayaran jika kamu rasa tidak sedap hati dan merasakan urusan itu begitu mudah dijalankan
  • Dapatkan nasihat daripada kawan-kawan anda, ahli keluarga jika merasa ragu
  • Scammer akan memujuk kamu dengan apa cara sekalipun dan membuatkan kamu selesa dan terburu buru
  • Jika cara mereka yang pertama gagal untuk mendapatkan wang daripada kamu, scammer akan mengunakkan cara yang kedua, ketiga dan keempat, jika kamu tidak sedap hati, tolak tawaranya awal-awal

Update:

Salah satu baker yang baru menghubungi kakwan dengan masalah yang sama juga telah ditipu oleh scammer yang sama dengan nombor akaun bank di atas, scammer mengelar dirinya sebagai Kak Ida, mendengar rintihannya sebentar tadi membuatkan kakwan sangat berduka cita dengan apa yang berlaku terhadapnya.. harap beliau banyak bersabar dan InsyAllah dengan Doa dan keberkatan dari Allah, Scammer ini akan tertangkap


kita bekerja siang dan malam menyiapkan tempahan orang ramai demi mencari rezeki yang halal tanpa mengenal erti penat dan lelah, ada orang sangup hanya mengunakan lidah bercakap dan menipu untuk mengambil duit dengan jumlah yang sangat besar tanpa mengira siapa, duit itu adalah haram jika diperdaya dan bukan atas keredhaan kita


Sila komen dibawah jika anda menghadapi scammer yang sama, Bantu kakwan dalam menjejaki penipuan scammer dan mengelak dari orang ramai terkena,






...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!