Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Kuih Muih

Durian Crepes / Dadar Durian

Durian Crepes, fenomena yang paling hot ketika ini ! dan resipi yang paling di cari-cari .. sebelum ni pernah post resipi dadar durian atau ada yang panggil bantal durian tapi tidak la sebegitu fofular seperti carian " Durian Crepes " ermmm mungkin kerana nama komersialnya  atau promosi di FB dan Blog yang meluas membuatnya begitu di minati .. Sememangnya keenakannya yang tak terkata itulah yang membuatnya sangat popular .. bagi peminat durian mereka tau camne nak ceritakannya  hii hii :D
Resipi Durian Crepes ini bukan lah resipi "Rahsia" kedai kalu nak resipi tu kenalah pergi ke kelas mereka.  Resipi di resipicitarasawan ini adalah resipi percubaan kerana K1 ingin tau apakan keistimewaan menggunakan 5 jenis tepung selain dari tepung gandum.
Ada 2 jenis resipi Durian Crepes.. satu menggunakan  tepung gandum dan satu lagi menggunakan 5 jenis tepung (tiada tepung gandum) .  Mengikut citarasa K1 (bukan citarasa orang lain).. samada menggunakan tepung gandum atau campuran lain-lain tepung tidak banyak bezanya Yangg...ggggg paling penting adalah filing duriannya, isi durian segar bersama krim putar atau kastard durian ..  itulah yang membuatnya sangat enak hingga anda terlupa tentang kulitnya .. ki ki ki bukan kulit durian yang berduri tu tau..
Durian skin - Kodiang, Kedah
http://www.trekearth.com

Anda boleh mencuba kedua-dua resipi ini .. Dadar Durian atau Durian Crepes kerana keduanya sangat enak sangat berkrimmmm dengan filling durian segar atau krim kastard durian bersama krim putar ...  Durian Crepes bukan sekadar durian ia lebih dari durian .... o,0
Resipi :  Durian Crepes
Resipi :  Dadar Durian