728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Thursday, October 18, 2012

Citarasawan berkongsi berniaga secara online di Harian Metro

Assalamualaikum wrwb,
Salam Sejahtera buat semua pengunjung Citarasawan dan Resipicitarasawan yang budiman..

Citarasawan berkongsi berniaga secara online di Harian Metro 1hb Oct 2012..

Sebenar K1 nak masukkan N3 ini semasa di siarkan pada 1hb October tapi tangguhkan kerana terdapat sedikit kesilapan latar belakang yang di tulis .. Pembetulan.. K1 adalah bekas Account Executive  di sebuah  Syarikat Pembinaan di Ibu Kota dan bukannya pegawai syarikat kewangan..

Bagaimanapun pengalaman semasa bekerja sedikit sebanyak membantu dalam bidang perniagaan secara online yang K1 jalankan sekarang.  Kini K1 ingin berkongsi pula dengan sesiapa saja yang berminat memulakan perniagaan secara online khususnya dalam perniagaan menjual kuih muih.

Memulakan perniagaan online caranya mudah saja, yang penting anda mempunyai sebuah komputer untuk untuk menjalankan transaksi dalam talian.  Banyak platform yang boleh di gunakan seperti Facebook, Twitter dan blog percuma.  Kenal pasti apakah produk makanan yang hendak di jual, mempamerkan gambar contoh setiap produk berserta dengan keterangan dan senarai harga dan yang paling penting jangan sesekali menggunakan gambar atau produk orang lain untuk di jual.  Mesti bersikap jujur pada pelanggan.

Sesiapa saja boleh memulakan perniagaan secara online, tidak kira apa bentuk perniagaan yang di jalankan.  Berniaga dalam talian adalah lebih mudah berbanding dengan perniagaan konvensional dan ia di lihat amat bermanafaat kepada suri rumah.

Tujuan K1 berkongsi idea memulakan bisness online adalah untuk menggalakkan suri rumah sepenuh masa, ibu-ibu tunggal, siswazah yang belum mendapat pekerjaan atau sesiapa saja yang berkebolehan dalam bidang masakan menambahkan pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga melalui kebolehan yang mereka ada tetapi tidak tahu bagaimana memulakannya.

Perniagaan online yang di jalankan di rumah banyak kelebihannya, selain masa dapat di luangkan bersama keluarga, ia juga mengurang kos seperti sewa kedai, tenaga kerja, kos pemasaran dan pegiklanan dan juga masa.  Pengguna atau pelanggan juga boleh membeli atau mendapatkan perkhidmatan tanpa had dan masa.  Ia adalah cara paling berkesan menjual produk berbanding perniagaan konvesional yang terhad dalam satu tempat atau kawasan, jadi kuasa pembeli juga agak terbatas. 

Bagaimana memulakannya
1. Kenal pasti dahulu apakah produk yang hendak di jual
2. Membuka web perniagaan, samada menghasilkan sendiri atau mengupah orang membuatnya.  Anda boleh memilih platform seperti Facebook, Twitter atau Blog dengan domain web anda sendiri seperti www.ABC.blogspot.com untuk memulakan meniaga.
3.  Sentiasa mengemas kini blog dengan produk-produk terbaru. tidak kira apakah nama blog atau web anda sekiranya ianya sentiasa dikemas kini dan menarik, pengunjung akan sentiasa singgah, yang pasti kita mesti iklas.
4.  Ambil gambar sample yang jelas kerana gambar yang kabur kurang mendapat perhatian
5.  Pelbagaikan variasi produk dengan bentuk dan penampilan yang menarik
6. Promosikan blog di laman sosial Facebook kepada kenalan dan rangkaian laman sosial anda atau bertukar link dengan blog yang lain.
7.  Jika blog perniagaan banyakkan contoh-contoh produk, kurangkan cerita peribadi.

Kelebihan Berniaga Dalam Talian Berbanding Perniagaan Konvensional
1. Pasaran produk secara online lebih global dan ia dapat di lihat di pelusuk dunia, tiada had dan waktu.  Perniagaan Konvensional terhad dalam satu tempat atau kawasan, waktu juga terhad jadi kuasa pembeli juga terbatas.
2.  Mengurangkan kos sewa kedai, bayaran utiliti dan tenaga kerja kerana ia di lakukan di rumah.  Masa di jimatkan kerana anda tidak perlu mencari pelanggan.   Perniagaan Konvensional perlukan modal yang besar, sewa kedai, bayaran utiliti, kos pemasaran dan pengiklanan, gaji pekerja, cukai dan sebagainya masa pula terhad dalam tempoh waktu bekerja.
3.  Dengan mempromosikan produk di Laman Sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dapat menjimatkan kos pemasaran dan pengiklanan yang tinggi..
4. Jika blog anda popular dan mempunyai rating yang tinggi dengan jumlah pageviewers yang besar, ia kan memberi keyakinan kepada peniaga-peniaga online menyewa iklan di blog anda.  

Perniagaan dalam Talian (Business on Line), sangat popular ketika ini dan di gunakan oleh ramai bloggers, jadi K1 harap panduan yang di berikan dapat membantu anda memulakannya..

P/S  Ada orang bertanya mengapa berikan resipi sedangkan K1 berniaga.  Prinsip K1 mudah saja rezeki tu datang dari Allah swt, rezeki ada di mana saja..memberi orang ilmu tidak akan mengurangkan atau menyekat rezeki kita kerana berkat orang yang mendoakan kita InsyaAllah Allah akan limpahkan dengan rezeki yang berlipat ganda,  yang penting hati mesti iklas memberi.

 " Blog ini K1 mengunakan khidmat kreatif.seniaku, sebuah laman yang menyediakan khidmat membuat blog bisness, personal dan lain-lain,  hasil rekaan blog sangat memuaskan dan sentiasa di upgrade setiap bulan.   

Assalamualaikum ..
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!