728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012




Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2012 semua,,

Kepada  10K pengujung Citarasawan dan Resipicitarasawan, terima kasih kerana sama-sama mencuba resipi yang di kongsi di sini.  K1 harap kedua blog ini memberi manafaat kepada pengunjung yang bertandang ke sini.. jika tak dapat merasa air tangan K1,, sekurang-kurang mencuba sendiri dan dapat tengok gambar jadi laa yaa hee hee :)


Kebanyakkan resipi-resipi bergambar yang ada telah di cuba di dapur K1, dan jangan ragu-ragu untuk mencubanya.. dari mata turun ke hati.. dari hati membuka selera ..

Kepada geng-geng masak yang sealiran dengan K1,, terima kasih jua kerana sama-sama berkongsi idea, petua, komen, photography yang cantik dan saling berhubung satu sama lain (dalam hal masak2 ini memang kami sehati dan sejiwa) walaupun hanya mengenali di alam maya tetapi K1 terasa seperti jiran kat sebelah rumah .. walaupun jarang dapat bertandang ke blog geng-geng masak tetapi K1 tetap seorang yang mesra alam jika ada kelapangan K1 nak cuba semua resipi-resipi hebat dari geng-geng masak yang lain.. :D





Seperti yang K1 janjikan ada hadiah misteri untuk pengunjung Citarasawan.. sapa tu ...
Ini dia ... Puan Izahdaut dari Izahdaut.blogspot.com (Tahniah!!)



Pss.. Walaupun hadiah mungkin tak seberapa, tapi iklas dari kakwan, dan semoga kita memeriahkan lagi suasana alam blogger yang 1001 macam untuk dikongsi bersama :D

Tapi tapi tapi.. Jangan Lupe
Tahun 2012 nanti ...

1.  Jimatkan duit dari membeli majalah masakan *keh keh keh
2.  Selalulah mencuba resipi2 yang dah di test di dapur geng2 masak
3.  Rajin-rajin membaca komen, artikel dan petua
4.  Gunakan food photography (jangan tengok gambar sahaja) sebaliknya jadikannya sebagai idea dan panduan untuk menghasilkan persembahan kreatif dan menarik.
5.  Jangan takut mencuba dan gagal kerana dari kegagalan akan muncul kejayaan... *kata semangat kakwan


Komen Bernas Minggu Ini
Fatihah21 Katanya
"Kak wan.... masuklah master chef... Saya tunggu kak wan masuk master chef musim kedua nanti tau.....=)"

err... kakwan.. takut lah.. xD , hehe, sebenarnya kakwan teringin sangat nak masuk program tu, selalu mengadap Tv tengok program master cheff lepas tu mulalah berangan nak jadi master chef sambil pegan sendut pusing-pusing kat atas meja.. haha.. memandangkan program tu memerlukan masa yang agak singkat, tah apalah agaknya k1 akan buat dengan hidangan k1, samada jadi spaghetti itali ataupun Brownies 3 minit.

Akhir sekali Selamat Tahun Baru dan ,, Jadi lah Chef di rumah yang Hebat !


Salam Sayang K1.. :)
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!