728x90 AdSpace

Selamat Menyambut Hari
Raya Aidil Fitri & Maaf zahir dan batin dari Citarasawan
Friday, October 21, 2011

Cara Membuat Kotak Daun Pisang


Cara Membuat Kotak Daun Pisang, bagi yang baru nak belajar bolehlah ikut cara yang mudah ini :
K1 drafkan di atas sekeping kertas supaya mudah melihat lakaran kotak.

Bahan-bahan
Daun Pisang secukupnya
Lidi atau stapler

Cara-cara  :
1.  Potong daun pisang kepada anggaran saiz kotak.  Kemudian lap dan layur di atas api.


2.  Potong daun pisang 4" x 5" atau mengikut saiz yang di kehendaki.
3.  Lipat tepi kiri dan kanan daun pisang dan tepinya bertemu di bahagian tengah.


4.  Kemudian lipat keempat-empat bucunya (jangan sampai ketengah) lipat ikut lakaran kertas.  Ambil bahagian hujung daun yang lembut dan bukan pada bahagian pangkalnya yang keras supaya kotak tidak pecah apabila di lipat.


4.  Kelepet kedua-dua bucu, dan bertemu di bahagian tengah, rapatkan sedikit bahagian atasnya biar lebih kecil dari bahagian bawah dan kemaskan dengan stapler atau lidi.


5.  Kotak sedia di gunakan.


6.  Untuk kotak kuih tepung pelita, alas dengan dua keping daun pisang supaya air gula di bahagian bawahnya tidak bocor.
Anda boleh memberi komen melalui facebook,twitter dan blogger dengan menekan petak komen dan pilih icon untuk login disebelah :D
Scroll to Top