728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Tuesday, November 9, 2010

Tepung Boko Ubi Kayu / Tepung Talam Ubi Kayu


Tepung Boko Ubi Kayu,, "Boko" bermaksud Talam dalam bahasa Kelantan.  Cara mengukusnya sama seperti kuih talam ubi kayu yang biasa dibuat tetapi adunannya agak lembut dan dihidang bersama sos santan pekat (kepala santan).  Rasa lunak ubi kayu yang lemak manis, di tambah pula dengan sos santan lemak dan masin menambahkan lagi rasa klasik kepada kuih ini.

Kuih ini agak lembut dan tidak boleh dipotong,, apabila menghidang kuih ini di sudukan kedalam mangkuk dan dituang bersama kepala santan yang lemak masin.  Kuih ini lebih enak jika dibungkus didalam daun pisang bersama kepala santan, kerana aroma dari pisang membangkitkan lagi keenakkan kuih ini.

Tepung Boko Ubi Kayu Kelantan ini enak dimakan panas-panas maupun ketika sejuk.  Sekali cuba dapat rasakan perbezaannya dengan kuih talam ubi kayu yang lain...


...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!