Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Baking Techniques

Kaedah Memasak Secara Bain Marie


Bain Marie merujuk kepada kaedah Double Boiler atau Steam Bath / Water Bath.  Ia kaedah memasak secara stim dimana bekas berisi adunan dimasukkan kedalam sebuah lagi bekas lain yang berisi air panas.  Bertindak sebagai pelindung aliran terus haba dari dapur atau ketuhar.  Aliran terus haba diselaraskan dengan perlahan melalui wap dari air,  mengelakkan adunan dari menjadi cepat hangus.

Dalam penyediaan masakan, Bain-marie digunakan dalam berbagai cara :

* Mencairkan Coklat Masakan

Cara : Didihkan air di dalam periuk, potong coklat masakan kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas yang lain.  Letakkan bekas berisi coklat tadi diatas periuk berisi air yang mendidih.  Biarkan coklat mencair dibahagian bawah, tutup api dan kacau hingga coklat cair sepenuhnya.  Coklat cepat hangus jika dimasak secara terus dari dapur.

 Image from Google


* Membakar Kek Keju

Cara  : Ada beberapa cara menggunakan kaedah bain marie dalam penyediaan kek keju.  Bagi kek keju yang dibakar didalam loyang loose base tin atau springform pan iaitu loyang yang boleh dibuka dibahagian bawah atau tepinya, sebaiknya gunakan tiga buah loyang, sebuah loyang yang berisi adunan, sebuah sebagai pengalas dari dimasuki air dan sebuah lagi untuk di isi dengan air panas.

Springform pan - Image from Google

 
Untuk mengelakkan air dari memasuki adunan kek keju, letakkan loyang berisi adunan ke dalam sebuah lagi loyang yang lain. (Membalut loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan adunan dimasukki air boleh juga digunakan tetapi ada kalanya cara begini tidak berkesan, air masih lagi boleh meresap masuk jika tidak dibalut dengan baik).  Kemudian ambil sebuah lagi loyang yang lebih besar, isikan separuh dengan air panas dan letakkan kedua loyang tadi seperti dalam gambar.  Kemudian baru dibakar didalam ketuhar.

 Image from Google

Jika tidak menggunakan loose base tin atau springform pan,  memadai menggunakan dua buah loyang, satu loyang untuk adunan dan sebuah lagi untuk diisi dengan air panas.

Satu cara lagi, iaitu loyang berisi air panas diletakkan di rak bawah ketuhar, manakala loyang berisi adunan diletakkan di bahagian atas rak.

Image from Google


* Menyediakan Kastard 
Cara :  Menyediakan kastard untuk puding kastard, filling cream puff, mousse atau desert lembut yang lain juga menggunakan cara bain marie.  Bagi penyediaan ini, hanya memerlukan dua buah loyang sahaja, satu loyang yang berisi adunan kastard dan sebuah lagi loyang yang berisi dengan air panas.  Letakkan loyang berisi adunan kedalam loyang yang berisi air panas.  

Image from Google 



Kemudian dikacau perlahan-lahan hingga pekat, dijadikan filling atau dituang terus ke dalam acuan remekin  kemudian baru dibakar secara bain marie di dalam ketuhar.  Aliran haba dialir secara perlahan mengelakkan kastard menjadi hangus, tekstur kastard juga lebih halus dan lembut apabila menggunakan kaedah ini dari dibakar secara terus di dalam ketuhar.

Lain-Lain Tujuan
** Memanaskan Masakan seperti makanan bayi, susu panas atau mencairkan gelatin.

Author :  Kakwan
Mendapatkan kebenaran untuk artikel ini terlebih dahulu adalah amat dihargai.. Terima kasih.

9 Comments

  1. salam puan, terima kasih berkongsi cara bain marie

    ReplyDelete
  2. salam puan.
    terima kasih di atas perkongsian ilmu.. amat2 membantu. cuma nak tanya 1 jer.. mmg kene letak air panas (yg mendidih) atau air paip jek.
    tqvm

    ReplyDelete
  3. walaikumussalam, utk cheese cake atau puding caramel, masukkan air panas didalam loyang dn ltk loyang adunan didalamnya baru dibakar (bain marie) tetapi jika membuat ganache, mencairkan coklat atau gelatin didihkan air paip pon boleh baru diletak periuk berisi adunan diatasnya.. (kaedah ini dipanggil double boiler) hrp membantu..

    ReplyDelete
  4. apa tujuan bain marie ni?
    kalau buat cheesecake tak guna bain marie apa akan jadi?

    ReplyDelete
  5. Anonymous@Tujuan bain marie telah diterangkan diatas sekali, sila baca dulu.. cheesecake atau puding perlukan lower heat, jika dibakar trus (direct heat)tekstur kek akn mengeras hrp membantu...

    ReplyDelete
  6. Salam puan,
    Walaupun sudah lebih sejam saya melayari blog puan, tapi masih belum habis lagi kerana begitu banyak ilmu masakan yang terkandung di sini.Terima kasih tak terhingga kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami pembaca dan penggemar masakan.

    ReplyDelete
  7. Kak Rose@Trima kasih krn setia membaca artikel dan memahami kandungannya. K1 amat menghargai pengunjung yg membaca isi kandungan dn memahami dgn betul sblum mengemukakan soalan.. tkasih krn meluangkan masa..

    ReplyDelete
  8. salam kak wan, saya nak share petua n resepi ni..anyway tq..

    ReplyDelete
  9. salam kak wan, saya nak share petua n resepi ni..anyway tq..

    ReplyDelete