728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Monday, October 4, 2010

Bagaimana memasang cutter di dalam loyang shortbread


Bagaimana memasang cutter di dalam loyang shortbread ?,, nampak senang tetapi bagi beginner mungkin susah juga .. barangkali ada yang mengambil masa 1 jam untuk memasangnya!  masa kak wan berkunjung ke blog seorang rakan blog ternampak rintihannya untuk memasang cutter ni,  punyalah susah katanya,,, pasang sebelah sana sebelah sini tercabut ... manalah tak geramm.. yaa mungkin ada yang mempunyai masalah yang sama so kat sini bolehlah ikuti langkah-langkah bergambar ini.  Jadi jangan di buang dulu cutter tuu...

Pasang cutter di dalam loyang


Mulakan dengan bilah pertama, masukkan ke dalam lubang cutter.


Kemudian satukan bahagian bawah bilah, terbalik ke satu belah lagi


Susun bilah mengikut tempatnya


Buat hingga habis


Lapik loyang dengan kertas minyak dan tandakan (jika puan takut terlupa arahnya - lihat penunjuk pada kertas minyak) sebelum di masukkan adunan biskut.  




Selepas membakar biskut, keluarkan cutter (letak di kedudukan yang asal).  Selepas di tuang coklat, letak kembali cutter di kedudukan asalnya (berpandukan arah pada kertas minyak, boleh di tanda dengan pen atau di koyak tepi kertas)  Adalah penting meletakkan cutter di kedudukan yang betul kerana  jika di kedudukan yang salah biskut akan pecah apabila di keluarkan.

Apabila membuat shortbread dengan topping coklat, sejukkan dahulu coklat sehingga mengeras.  Jika menyimpannya di dalam peti sejuk, keluarkan dahulu dan biarkan pada suhu bilik selama 1/2 jam.  Keluarkan bilah cutter satu persatu (semasa dalam loyang) dengan memegang bilah cutter dengan tuala kecil pada hujungnya, goyangkan sedikit bilah supaya senang di keluarkan.  Selepas semua bilah di keluarkan angkat  kedua-dua hujung kertas minyak untuk mengeluarkan biskut tadi.

P/S ;) jika ada yang nak buang gak cutter tu selepas membaca langkah2 diatas, sila lah post kak wan yeaa hee hee...
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!