↑ Iklan, Promosi dan peraduan dipaparkan diatas

.

Wednesday, September 22, 2010

Petua Membuat Kek Keju dan Jenis-Jenis Keju

....


Petua Membuat Kek Keju
Aneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perhatian dan menambat hati setiap lapisan kerana keenakan dan rasa keju lemak berkrim yang cukup istimewa.  Keju boleh di gandingkan dengan apa saja dari kek, pastri, pencuci mulut hinggalah ke salad.

Suhu Membakar Kek Keju
Membuat kek keju memerlukan ketelitian. suhu memainkan peranan penting ketika membakarnya.  Suhu yang tinggi akan menjadikan kek keju merekah dan tidak nampak cantik.  Suhu yang sesuai  diantara  160C  - 170C dan masa selama 45 minit hingga 1 jam.

Kaedah Membakar Kek Keju
Membakar kek keju banyak menggunakan kaedah stim (steam bath) atau bain marie atau juga di panggil double boil iaitu meletakkan loyang berisi kek ke dalam satu lagi loyang yang mengandungi air panas.  Kaedah ini untuk mengimbangi suhu dan mengelakkan kek menjadi hangus di atasnya.  Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar semasa membakar kek keju. Setelah masak, tutup suis dan biarkan kek menyejuk di dalam ketuhar dengan merengangkan sedikit pintu ketuhar selama satu jam supaya kek tidak merekah kerana perbezaan suhu ketuhar dan suhu bilik.  Kek yang di bakar dengan cara ini juga lebih lembab dan berkrim dari kek yang di bakar terus di dalam ketuhar yang biasanya menjadi kuning keemasan dan lebih kering.


Jangan risau jika kek keju masih lembut setelah di bakar.  Ia akan menjadi pejal dengan sendirinya setelah beberapa jam di rehatkan.  Adalah perlu merehatkannya selama 4 jam atau semalaman supaya keju set sepenuhnya. 

Untuk mengelakkan kek yang masak menjadi retak semasa proses penyejukan, longgarkan pinggir kek di sekeliling loyang dengan pisau tajam.

Mengadun Kek Keju
Sebaiknya krim keju di biar lembut pada suhu bilik sebelum memukulnya.  Krim keju hendaklah di putar hingga licin sebelum menambah bahan-bahan ramuan cecair seperti telur, krim, yogurt, jus dan sebagainya.  Sebaik sahaja ramuan cecair di tambah, keju akan menjadi berketul-ketul dan susah untuk di sebatikan.

Jika adunan menggunakan putih telur atau krim yang di putar dahulu kaup balikkan saja ke dalam adunan.


Menyimpan Keju dan Kek Keju
Jangan menyimpan keju di dalam peti sejuk beku, ini akan menyebabkan keju menjadi berketul-ketul.  Simpan di dalam chiller dan perlu di habiskan dalam tempoh dua minggu setelah membuka bungkusannya.

Bungkus kek keju dengan aluminium foil atau plastik wrap sebelum di simpan di dalam peti sejuk ,  kecuali loaf, kek cawan dan kek keju chiffon.  Cara ini untuk mengelakkan kek keju menjadi kering dan menyerap bau dalam peti sejuk. 

Memotong Kek Keju
Kek keju tidak boleh di potong terus apabila baru di keluarkan dari ketuhar kerana masih lembut dan bersifat melekit.  Rehatkan di dalam peti sejuk 4 jam atau seeloknya semalaman supaya kek dapat set dengan sepenuhnya.  Gunakan pisau yang di bilas dengan air panas untuk memotong kek dan mengelapnya selepas di potong.  Kek Keju adalah lebih enak semasa dingin.



Jenis-Jenis Keju yang lazim di gunakan dalam ramuan kek keju
 


Keju Krim (Cream Cheese)
Keju krim sesuai untuk semua jenis kek, tart, pencuci mulut dan sebagainya.  Teksturnya lebih lembut, berkrim dan beraroma.  Keju jenis ini tidak tahan lama dan perlu di habiskan dalam tempoh 2 minggu selepas di buka.  Jenama yang sering di gunakan di Malaysia ialah Philadephia, Tatura.


Keju Mascarpone (Mascarpone Cheese)
Keju Mascarpone, teksturnya lembut dan halus dan biasa di gunakan dalam ramuan kek, pencuci mulut seperti Tiramisu dan juga di hidangkan bersama salad buah-buahan segar.


Keju Cheddar (Cheddar Cheese)
Keju cheddar, keju susu separuh keras dan rasanya sedikit masin.  Jika membeli di pasaraya ia datang dalam pack parutan dan warnanya lebih keorengan   Sesuai di jadikan ramuan dalam kek, hors d'oeuvres (pencuci mulut), topping, sos dan salad.




Parutan Keju Cheddar - Non-animal rennet


Keju Parmesan (Parmeson Cheese)
Ia merupakan keju susu yang keras dan berperisa, lebih halus dan mudah hancur.  Biasa datang dalam bentuk serbuk.  Sesuai untuk ramuan hors d'oeuvres dan salad.


Lebih halus dan biasanya  dalam bentuk serbuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Telah Berkata :

Melur Roslan said...

minta copy ye kak wan..saya nak share ngan kawa2 saya..thanks

Siti Munirah said...

as salam..kak wan
saya nak tnya kalau saya ada beli stok untuk cream cheese dalam kuantiti yang bnyak tapi paket2 250g masih belum dibuka adakah dia tahan dalam tempoh yang lame?

Melur Roslan said...

minta copy ye kak wan..saya nak share ngan kawa2 saya..thanks

Post a Comment

---------------------
Komen ↓

###

Mereka juga handal! xD

My Cyber Friends

Busan? xD

Pss.. Busan? xD

Bosan tak? jom main NyanNyan game ,klik
Play!

Mainacakes

DISLAIMER

Ehem ehem..DISCLAIMER

Sebarang penyalinan semula kedalam blog adalah dibenarkan dengan keizinan dan perlu menyatakan sumber yang diambil sebagai tanda penghargaan. Sebarang penerbitan secara bercetak untuk tujuan komersial adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran dari penulis.


Segala gambar dan teks yang ada didalam blog ini hasil daripada penulis blog citarasawan(kakwan) kecuali disertakan sumber yang diambil.


HakCipta Terpelihara




©Awesome'kan blog Bisnes anda di :

  ©Tempah blog bisnes anda di : .

^ Naik Atas