Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Muffins

Perbezaan Muffin dan Cupcakes

Muffin dan Cupcake kelihatan sama tetapi sebenarnya ia berbeza dari tekstur dan kaedah penyediaanya. Cupcake atau Kek cawan adalah kek kecil, adunan yang sama dengan kek biasa, teksturnya lembut dan di reka untuk hidangan bagi seorang.  Cara membakarnya juga adalah sama dengan membakar kek iaitu pada suhu 180C selama selama 20-25 minit bergantung kepada saiz cupcake.

Muffin pula kelihatan seakan cupcakes kerana di hidang dengan cara yang sama iaitu dalam bekas kecil juga di reka untuk hidangan bagi seorang.  Teksturnya lebih kasar dan biasanya menggunakan gula biasa dan bukannya gula halus.  Jika membuat muffin, adunan tidak boleh di pukul terlalu lama, cukup sekadar kaup balik hingga bergaul rata.  Adunan yang di pukul lama menyebabkan banyak udara masuk dan tidak dapat mengikat adunan dan itulah yang menyebabkan ia sukar untuk kembang, malah ia akan jatuh.  Cara membakarnya pula adalah pada suhu yang lebih tinggi iaitu 180C - 200C selama 20-25 minit bergantung kepada saiz muffin.  Untuk mendapat muffin yang merekah dan lembut gunakan double action baking powder dan bakar pada suhu 200C.

11 Comments

  1. suka baca info2 membaking sesuai utk budak baru cm saya ni hehehhe...

    ReplyDelete
  2. oohh..baru tau cenggitu ye kak wan..urmm harus byk membaca ni..bak kata kak wan "Mesti baca ... Memasak bukan sekadar resipi ...".BETOI2..normi sukung sgt2, tmbh budak baru blaja baking-membaking cam normi neh..hehe..blog kak wan byk ngat ilmu neh..

    ReplyDelete
  3. saya nk petua buat roti ban,yg selalu sya buat tak brapa gebu dan kadang kurang naik.

    ReplyDelete
  4. Sila baca di Panduan dan Tips - proses penyediaan roti dan bun ...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih diatas info yg diberikan..

    ReplyDelete
  6. salam kak wan..

    sy nak tanya sekiranya kita buat muffin guna daouble action baking powder, sukatan dia sama je ke dgn resepi asal yg guna baking powder biasa je@ kena kurangkan sikit?

    trma kasih k.wan...

    ReplyDelete
  7. Double action baking powder sama sukatan ngan yg biasa,, sesuai utk muffin, apam, roti (msk adunan 1/2 bkn 3/4) krn adunan akn mengembang 2x ganda,, utk kek guna baking powder biasa atau self raising hrp membantu...

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak wan for the info. suka tny k.wan sbb k.wan akn bls dgn sgt pntas... trma kasih byk2 k.wan...

    ReplyDelete
  9. Seronok masuk blog K.Wan.. tips dan panduannya jelas dan K.Wan ikhlas berkongsi. Klau saya sms pun K.Wan terus membalasnya..Semoga usaha dan keiklasanmu di rahmati Allah..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih diatas info yg diberikan..

    ReplyDelete
  11. saya nk petua buat roti ban,yg selalu sya buat tak brapa gebu dan kadang kurang naik.

    ReplyDelete