Sunday, November 10, 2019

Pulut Ikan Kering



Pulut Ikan Kering, walaupun sempoi ada 3 bahan saja, pulut, kelapa dan ikan kering wahh ini sudah cukup buat kita berselera makan.  Pulut dan kelapa parut tak dapat di pisahkan,, lebih sedap lagi di makan dengan bawang goreng, ada tekstur, aromanya wangi, lemak kelapa dan masin ikan kering  bersatu.. walaupun sempoi jika kena dengan kombinasi nya hidangan mewah pun tak boleh tandingi keenakannya :D
Supaya pulut lebih menyelerakan untuk di makan, Kak Wan tambahkan pewarna asli dari bunga telang, ikan tu terpulanglah ikut selera, ikan kering atau ikan masin.  Lagi pun bila di beri sedikit warna, makanan kampung ini nampak lebih mewah bila di padankan dengan keropok, sayuran atau acar tentu lagi sedap ,, ermmm kalau makan kat hotel agak berapa harganya ye.. :D
...