Friday, November 09, 2018

Wajik Hantaran


Wajik Hantaran, sebelum balik kampung sempat juga K1 siapkan tempahan wajik sepertimana yang di gambarkan oleh pelangan maukan tema hitam kuning.

Gubahan pula lain dari kebiasaan yang K1 buat menggunakan bunga gumpaste sebagai hiasan, kali ini gubahan menggunakan pulut manis yang di beri warna kuning dan bentuk menjadi bunga rose dengan kelopak rose menjalar..  Oohh itu bukan pulut kuning tapi pulut manis yang di warnakan kuning.  Bahagian bawah pula dengan lilitan reben kuning.

Cantik bukan bila juadah tradisi di beri penampilan menarik dan menyelerakan.  Pulut wajik menggunakan gula merah dan pulut manis pula menggunakan gula pasir jadi rasanya tentulah berbeza.  Wajik semakin mendapat tempat sebagai juadah untuk hantaran.

Wajik Hantaran
Wajik Hantaran yang di isi dalam kotak transparent.  Harga rm150 Saiz 8in
Next
This is the most recent post.
Older Post
...