Wednesday, October 10, 2018

Tako Jagung



Tako Jagung, belakang rumah merimbun pokok daun pandan, daunnya pula besar-besar, terfikir nak buat kotak daun pandan untuk kuih tako dan tepung pelita,,

Jagung kernel pun ada setin kat dapur, jadi nak buat tako jagung dulu, tepung pelita menyusul kemudian,, pernah juga buat kuih tako isi dalam cawan dessert tapi macam hilang rasanya,, Kak wan lebih suka kuih asli di sedia cara aslinya, di isi dalam kotak daun pandan.

Apabila makan terasa aroma daun pandan pada kuih, rasa kuih melekat di lidah lembut, berkrim.  Menyediakannya pun sekejap saja, lapisan bawah adunan tepung hunkwee dan jagung di masak hingga kental di atas api dapur saja sebelum di tuang ke dalam kotak pandan.  Lapisan atas kepala santan juga di masak cara yang sama dan di tuang di atas lapisan bawah.  Sekejap dah siap !
Tako Jagung


...