Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Kuih Muih

Talam Belebat Ubi Keledek


Talam Belebat Ubi Keledek, pernah makan kuih tradisi Kelantan ni ?, belebat ubi stelo atau belebat keledek yang di balut dalam daun pisang, kuih ini memang popular sebagai hidangan pagi di pantai timur tetapi kurang popular di pantai barat kerana jarang di jual pada hari biasa kecuali bulan puasa itu pun orang kelantan yang menjual.

Ya tak di nafikan kuih tradisi lebih enak di sedia dalam cara tradisi, di bungkus dengan daun pisang kerana haruman daun pisang yang wangi menjadikan kuih ini semakin enak.

Kak wan namakan talam belebat kerana penyediaannya menggunakan loyang, sesuai bagi perantau yang teringin nak makan kuih muih tradisi tapi susah nak dapatkan daun pisang mungkin cara ini boleh membantu walaupun tak seenak seperti aslinya.  Untuk belebat cara tradisi boleh lihat di entri sebelumnya di Belebak Keledek Ungu,,

Talam belebat nampak lebih menarik dengan menggunakan 3 jenis keledek, iaitu ungu, putih dan oren.  Gadingan 3 jenis ubi yang mempunyai warna, rasa dan tekstur yang berbeza, keledek ungu dan oren lebih lunak dan manis dari keledek putih yang sedikit kasar, bila menikmatinya boleh rasakan kunyahan lunak dan ketulan keledek dalam belebat yang lemak manis.  Abaikan deko buah strawberry tu ye :D
Talam Belebat Ubi Keledek