Tuesday, July 31, 2018

Apple Crumble Tart



Apple Crumble Tart, Kak wan menggunakan 2 jenis apple, apple merah dan apple hijau.  Kombinasi masam manis yang cukup sedap.  Apple yang di potong dadu kemudian di masak bersama gula perang, serbuk kulit kayu manis dan parutan kulit dan jus lemon.  Menerbitkan aroma berempah yang cukup wangi ..

Untuk penyediaan kulit pastry tart yang mempunyai filling yang lembab seperti ini seeloknya di bakar cara blind bake iaitu membakar kulit pastry terlebih dahulu sehingga masak sebelum di isi filing.  Cara ini juga di panggil pre baking.  

Untuk bahagian crumblenya pula, tepung, mentega dan gula perang di gaul seperti serbuk roti kemudian di tabur di atas filing tadi.  Selepas di bakar crumble inilah yang menjadikan apple crumble tart lebih seronok di makan, gigitan pastry yang rapuh, isian filing apple yang masak manis dan crumble yang rangup,, tak tau nak cerita betapa enakknya,, kalau ada aiscream wahh bertambahlah keenakkannya ..
Apple Crumble Tart
...