Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Agar-Agar and Pudding

Puding Sagu Selasih Gula Merah


Puding Sagu Selasih Gula Merah, jika berhajat nak buat dessert atau pencuci mulut di jamuan rumah terbuka hariraya, puding ni memang sesuai dan kena dengan citarasa Malaysia,, Puding lemak berkrim yang dingin dan lembut kenyal di sirami gula merah yang beraroma sungguh sedap untuk hidangan pencuci mulut,,

Mulanya Kak wan nak gandingkan sagu dan chia seed tapi tak jumpa pula kat pasaraya, gantinya guna biji selasih, jadilah namanya puding sagu selasih. sangat sedap kerana sagu ni di gaul bersama santan, sosnya pula Kak Wan guna gula merah kerana aroma karamel nya lebih melekat di lidah berbanding dengan gula melaka.  Hirisan buah-buahan manga, biji delima atau strawberry menambahkan keenakan puding ni,,

Puan boleh mengisikan puding sagu selasih gula merah ini ke dalam gelas dessert atau cawan-cawan kecil untuk hidangan kepada tetamu, bukan saja dessert yang enak tapi comel seperti hidangan di hotel :D
Puding Sagu Selasih Gula Merah