Sunday, May 13, 2018

RESIPI JUS SEGAR UNTUK BERBUKA CITARASAWAN



RESIPI JUS SEGAR UNTUK BERBUKA CITARASAWAN,  Alhamdullilah dalam beberapa hari kita akan bertemu bulan Ramadan yang mulia, wangi-wangian telah mula terasa,,

Sewaktu berbuka macam-macam kita rasa nak makan kan,, tapi pilih lah makanan dan minuman yang sihat supaya kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan ..

Jus-jus dari buahan segar dan sayur-sayuran memang terbaik untuk di minum, banyak khasiat darinya seperti vitamin, serat, mineral, protein dan zat besi.  Jus ini kita boleh buat sendiri di rumah dan lebih baik dari membeli minuman manis di bazaar ramadan.  Jom cuba resipi-resipi mudah minuman segar untuk berbuka :D
Jus Kurma Susu dan Gajus
Buah kurma adalah makanan sunnah yang banyak khasiat dan kebaikannya sebab itu kurma adalah buah yang wajib ada ketika berbuka, kurma juga boleh di jadikan jus yang sangat sedap dengan campuran susu dan biji gajus, memberikan tenaga yang kehilangan sewaktu berbuka.
Jus Soya Kurma
Susu segar untuk membuat jus kurma juga boleh di gantikan dengan susu soya, rasanya cukup lazat dan sangat berkhasiat untuk badan.
Jus Soda Herbs
Jus Soda Herbs yang sangat menyegarkan, wangi dan badan terasa nyaman dan cergas setelah meminumnya.  campuran air soda berkarbonat, lemon, laici dan herba daun pudina, serai dan asam boi,,  melegakan kehausan dan keletihan.
Jus Tembikai
Jus buah-buahan segar seperti tembikai, oren, apple, nenas, betik, avocado sangat menyamankan dan memberi kesegaran.
Jus Nenas
dan banyak lagi minuman jus dari buah-buahan segar dan sayuran untuk di nikmati.  Semua resipi boleh di cari di DRINKS



...