Sunday, May 13, 2018

Pulut Udang Panggang



Pulut Udang Panggang, pulutnya menggunakan inti udang kering yang di masak bersama kelapa parut, cili dan bahan lain hingga kering,  Kemudian di isi ke dalam pulut yang di masak bersama santan.  Pulut ini di gulung di dalam daun pisang berbentuk silinder, di panggang di atas bara api sehingga daun pisang sedikit terbakar, jadi pulut luarnya garing dan dalamnya lembut sungguh sedap sekali :D

Ada sejenis lagi kuih yang seumpamanya iaitu pulut lepa, kalau kat kampung kak wan pulutnya di isi dengan sambal ikan atau inti ikan yang di masak bersama nyorr dan lada kering.  Samada menggunakan inti udang atau ikan, kuih ini memang sedap, serasi dengan intinya pedas di gulung dengan pulut lemak manis.  Untuk hidangan pagi dan petang memang sesuai sekali.
...