Wednesday, February 28, 2018

Kek Keju Dadih Lemon / Lemon Curd Cheese Cake



Kek Keju Dadih Lemon / Lemon Curd Cheese Cake, satu lagi cheesecake yang boleh buat Kak Wan lupa diet :D  Masa ke Jaya Grocer di Empire Shopping Galery ternampak bunga-bunga warna warni pansy yang cantik dan manis, bunga segar ni jarang di jual di pasaraya biasa.  Bunga ini tentu cantik dan nampak segar jika di hias di atas tart keju dan kek keju K1 nanti.

Sehari sebelum tu K1 ada buat dadih lemon atau lemon curd untuk tart lemon yang di tempah, lebihannya terus buat satu lagi lemon curd cheesecake yang sungguh enak dan sedap.  Aroma lemon yang wangi masam manis di adun dengan cream cheese yang berkrim dan lunak.  Gak bisa menolak nya waduhhh !

Untuk membuat kek dadih lemon ni, tidak lah rumit walaupun resipi yang K1 tulis agak panjang langkahnya.  Ada 3 langkah saja, mula-mula buat dadih lemon, lapisan dasar kek dari disgestive biskut dan adunan keju yang di adun bersama lemon curd.  Atas sekali dilapis lagi dengan lemon curd.  Siap mewah dengan rasa lemon segar dan wangi,,

Sungguh manis dan comel bunga-bunga pansy berwarna purple, kuning, putih dan oren, kek keju dadih lemon nampak segar dan berseri hingga K1 rasa terlalu cantik untuk di makan :D
Lemon curd atau dadih lemon bukan saja enak untuk di adun bersama kek keju, sesuai juga di jadikan filing untuk tart, pie, pavlova atau pastry puffs dan boleh juga di sapu pada roti :)
Kek Keju Dadih Lemon / Lemon Curd Cheese Cake
...