Friday, February 02, 2018

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape yang sangat sedap



Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape yang sangat sedap, cukup rasanya ada lemak, manis, aromatik bau tapai dan rasa berkrim yang unik dan asli.   Kalau di sini kita panggil Bingka Tapai, di Indonesia pula di panggil proll tape..

Susah juga K1 nak dapatkan tapai yang baik dan cukup manis di Selangor, kebetulan balik kampung di Kelantan sempat singgah di pasar Pasir Mas, tapainya cukup manis dan tak banyak serat.  Dalam 6 bungkus yang di beli hanya 2 bungkus yang selamat sampai ke rumah K1 haa haa,,

Beberapa hari jugak lah K1 simpan tapai ni dalam peti sejuk dan rasanya waduhh semakin sedap dan manis.  Untuk menyelamatkan tapai ni dari habis, K1 adunkan menjadi bingka tapai ubikayu yang cukup sedap dan sukar di gambarkan :D

Tapai ubikayu ini dah cukup manis, jadi K1 kurangkan sukatan gula, bila di bakar aroma tapai memenuhi ruangan rumah hingga boleh menggugat perasaan K1 yang sedang berpuasa ni,,  :P
Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape yang sangat sedap
...