Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Tempahan Halal Moon Cake

Snow Skin Mooncake


Snow Skin Mooncake atau di kenali juga sebagai Ice Mooncake dan Snowy Mooncake.  Di kenali kerana kulitnya yang lembut, melekit dan bersalji.

Mooncake jenis ini adalah salah satu sajian mooncake tradisional yang di makan sewaktu Festival Pertengahan Musim Gugur.  Sebagai pilihan kepada mooncake tradisional yang di bakar, ia berbeza penyediaannya.  Snow skin mooncake menggunakan tepung beras dan tepung pulut yang di kukus menghasilkan tekstur kulit yang lembut dan kenyal seperti kuih mochi Jepun.

Mooncake seperti ini biasanya bersaiz kecil dan isiannya juga pelbagai, dari inti kacang, aiscream, custard atau buah-buahan segar yang di isi di dalamnya.  Ia di makan sejuk dan sesuai dengan secawan teh cina panas.

Kak Wan semakin tertarik dengan snow skin mooncake ini kerana ia lebih mudah di buat, serta mempunyai cetakan yang cantik dengan motif-motif bungaan yang pelbagai.  Cetakannya mempunyai pelbagai bentuk seperti bulat, segi dan tiga segi.  Kesemuanya cetakan untuk snow skin mooncake biasanya bersaiz kecil 50 gm.
Snow Skin Mooncake