Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Tempahan Pulut Kuning Hantaran

Pulut Kuning Berhias atau Pulut Pink Berhias ..


Pulut Kuning Berhias atau Pulut Pink Berhias .., secara tradisi, pulut kuning semestilah berwarna kuning tetapi juadah tradisi juga mengalami kejutan budaya mengikut aliran masa.

Pada pandangan peribadi K1, pulut kuning patut di kekalkan tradisi warna kuning nya.. warna kuning dari bahan asli iaitu kunyit yang di rendam bersama pulut akan lebih serasi di makan bersama rendang.  Tetapi K1 juga tidak menolak jika juadah tradisi ini di beri penampilan baru dengan menerapkan unsur moden padanya dengan mempelbagaikan gubahan dan memberi warna-warna lain asalkan tidak menderhaka kepada ramuan asalnya.

Ya kehendak pelangan lebih di utamakan, samada mereka maukan pulut berhias berwarna pink, biru atau hijau mengikut tema majlis perkahwinan atau pertunangan.  Mereka maukan sesuatu yang mempunyai kelainan.. untuk gubahan yang lebih manis bentuk hati menjadi pilihan.  Trend K1 untuk tahun ini adalah gubahan open heart dengan bungaan dari carrot putih yang di beri warna-warna segar mengikut tema.