Status tempahan bulan July

Tempahan untuk bulan July telah ditutup(penuh). Untuk makluman kelas atau PJJ sila Whatsapp di 011-60603515. TQ
Friday, July 07, 2017

Kuih Ros



Kuih Ros, di Indonesia di panggil Kembang Goyang dan di Thailand di kenali Lotus Cookies Kanom Dok Jok.. Lepas raya mulalah mencari balang kuih ros buat kunyahan sambil menonton TV :D sedar tak sedar abis sebalang :D

Menggunakan acuan khas untuk kuih ros, bentuk bunga yang bujur tu di beli di Thailand dan acuan bentuk bunga bulat tu di beli di kedai bakeri di sini.  Sejenis bentuk lagi yang bersegi pula di beli di Indonesia, ada 3 jenis bentuk acuan yang K1 jumpa setakat ini.. Acuan-acuan ini bukan hanya buat memasak tetapi ia menjadi koleksi peralatan masak yang K1 suka kumpul..
Ramuan untuk membuat kuih ros sangat mudah, hanya perlukan tepung beras, santan/air atau susu soya pun boleh, telur dan gula.  K1 guna jenama tepung beras cap gold coin 100% dari tepung beras tanpa campuran, produk dari Thai.  Untuk mendapatkan bentuk bunga yang berkelopak cantik dan rimbum, saat mengangkat kuih dari kuali terus letakkan di atas bekas melengkung seperti di atas, kuih terbentuk lebih cantik seperti bunga yang kembang ..
Kuih Ros 
...