Status tempahan bulan July

Tempahan untuk bulan August telah ditutup(penuh). Untuk makluman kelas atau PJJ sila Whatsapp di 011-60603515. TQ
Wednesday, May 31, 2017

Lompat Tikam - Kejam betul kuih ni ha haa..



Lompat Tikam - Kejam betul kuih ni kan ha haa.. , Salam Ramadan,, sejak masih remaja lagi K1 tertanya-tanya kenapa kuih ni di beri nama lompat tikam,, sebab pelik benar bunyinya dan selalu tergelak bila sebut dan nak makan.. Pernah juga tanya Che (Ibu) K1 untuk kepastian, ntahlah kata Che dari mana kuih ni dapat nama takda orang tau.  Ada yang tau tak ? Sejak zaman datuk moyang kuih ni dah wujud heheehh..

Itu lah keunikan kuih evergreen ini walaupun namanya pelik tapi benar ia menjadi kegemaran semua golongan.  Kuih ini dalam katagori pemanis mulut (dessert) ada pulut kukus berwarna merah, adunan pandan hijau dan di hidang bersama kepala santan yang lemak masin, pelengkap rasa manis sirap gula merah.  K1 sukakan kombinasi rasa dan penampilannya, hijau, merah, putih dan hitam.

Lompat Tikam
...