728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Monday, October 3, 2016

Jalan-Jalan Bandung Indonesia

Assalamuaikum, Salam Maal Hijrah buat semua ..

Perjalanan Kak Wan dari KL ke Bandung mengambil masa 2 jam 10 minit menaiki pesawat Malindo Air. Pertama kali travel seorang diri kerana adik Kak Wan dan geng cikgu sekolahnya menunggu di sana. Mereka berempat sampai sehari lebih awal.  Semasa menghampiri Bandung, awan agak tebal dan hujan lebat, hati gedebak debuk bila pesawat mula turun dan naik kerana mengelak awan tebal. Sambil itu berdoa di dalam hati mudahan-mudahan selamat sampai.  Terima kasih sahabat dan kenalan yang mendoakannya, Alhamdullilah pesawat mendarat dengan selamat di Bandung International Airport Husein Sastranegara walaupun kelewatan lebih 30 minit.  Sesampai di sana adik Kak Wan dan pemandu Pak Nana telah sedia menunggu dengan muka blur dan keletihan (lama sangat menunggu hee hee )

Perkara pertama yang Kak Wan lakukan adalah menuju ke Jalan Naripan 80 di mana terletaknya Toko bahan-bahan kue Ny Liem, baker terkenal di Bandung dan seluruh Indonesia.  Misi untuk mencari buku 500 resep Kue dan Masakan Ny Liem

Image kredit to Just Try & Taste - Buku 500 resep Kue & Masakan Ny Liem

tidak kesampaian kerana kehabisan stok malah buku tersebut tidak lagi di terbitkan oleh Gramedia. Kecewa sangat :( sebab sebelumnya Kak Wan pernah membuat pesanan online dengan Gramedia, malah mencarinya hingga ke Jakarta, Surabaya dan Medan semuanya Ngak ada.. Waduhh kecewa bangat ..:( :(


Akhirnya Kak Wan bershoping sakan bahan-bahan masakan seperti pewarna, perisa Ny Liem, Loyang dan bunga-bunga gumpaste tuk di bawa pulang.
Di Toko Kue Ny Liem banyak bahan-bahan yang jarang di dapati di Malaysia, terutama loyang, bahan-bahan pewarna dan perisa yang di hasilkan sendiri oleh Ny Liem.

Istimewanya Kak Wan boleh membeli produk asli, perisa Ny Liem.  Bermacam-macam perisa ada, kopi, cappucino, pandan, strawberry, nenas, nangka, durian, pisang, strawberry dan pelbagai perasa dan pewarna.

Bunga-bunga gumpaste pula tak banyak stok yang tinggal jadi Kak Wan tak banyak pilihan ambil yang mana menarik dan berkenan saja.


Hari berikutnya ke Jalan Braga tempat koleksi lukisan terkenal dari Jelekong.  Pelbagai lukisan dari lukisan abstrak, kaligrafi, haiwan, bunga, permandangan alam dan kota, budaya dan keaslian masyarakat Bandung yang di lukis di atas kanvas menggunakan cat boleh di beli di sepanjang Jalan Braga.  Harganya sekitar Rp50,000 hingga mencapai Rp15 juta rupiah.  Harga jualan ditentukan oleh ukuran dan saiz, penggunaan cat, serta mutu lukisan.  Kak Wan membeli 4 buah lukisan yang sederhana harganya dan yang paling mahal sekitar RM350 saja, kalau di Malaysia harganya sekitar RM1200.00 jimat jimat :D


Ini pula cerita seram dari Toko Barang Antik gambar kat atas ni, semasa berada di dalam toko ni mencari barangan antik, adik Kak Wan terpandang sebuah lukisan wanita yang agak menyeramkan. Tiba-tiba adik terasa gambar tersebut seperti hidup dan matanya memandang tepat ke arahnya tiba-tiba pula mengeluarkan taring erkk .. Kak Wan pula ketika itu masih membelek barangan lain dan tidak perasan lukisan wanita tersebut lagipun mata tak nampak.  Perasan yang muka adik pucat lesi bila dia tergesa-gesa mengajak Kak Wan keluar dari toko tersebut.  Masa tu waktu dalam pukul 5.30 petang, hampir waktu magrib di sana.  Selepas membayar dan keluar, adik meminta Kak Wan membaca ayat kursi takut "sesuatu" mengikut pulang.  Keesokkannya barulah di ceritakan perkara sebenar pada Kak Wan.. dan Kak Wan pula ada membeli dan membawa balik barang dari kedai tersebut.  Mohon pada Allah supaya dijauhkan dari perkara2 buruk.  Aaminn..


Kebetulan hari lahir adik Kak Wan jatuh pada 30 Sept jadi kami berdua yang sama demoks dan sama montoks ni meraikannya di sana :D  Moga hidup adik Kak Wan sentiasa di berkati Allah.


Sama saiz, cute dan montoks haa haa :D ..

Jalan-jalan di Bandung bersambung nanti :D
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!