728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Monday, October 31, 2016

Inspirasi Pulut Kuning Perkahwinan, Hantaran dan Doorgift - Majalah Saji Nov 16


Inspirasi Pulut Kuning Perkahwinan, Hantaran dan Doorgift - Majalah Saji Nov 16,,
Tak lama lagi musim cuti sekolah akan bermula, bagi bakal-bakal pengantin penyediaan sudah mula di buat seawal 2 atau 3 bulan dari tarikh majlis,, dari menempah dewan, baju pengantin, doorgift, photographer, catering dan acara kemuncak dengan acara memotong kek bertingkat gaya moden atau kek pulut kuning bagi yang sukakan acara yang lebih tradisional.

Bagi yang mencari idea samada membuat sendiri atau menempah, boleh mencari inspirasi di mana K1 kongsikan idea-idea menarik pulut kuning di Majalah Saji.  Pulut kuning berdeko moden dengan hiasan bungaan dari bunga gumpaste, bunga segar dan lilitan reben manakala pulut kuning berdeko tradisi biasanya di hias dengan bahan-bahan asli seperti rempah ratus dan ukiran sayuran.

Pulut Kuning Dahulu
Pulut kuning merupakan simbol tradisi hidangan orang melayu atau dikenali sebagai pulut semangat, waktu dulu ia disediakan dalam acara istimewa seperti meminang, cukur jambul, berkhatan, aqiqah dan khatan quran.  Biasanya di sediakan dalam bekas bersama telur dan di makan dengan rendang atau gulai.  Untuk majlis perkahwinan pula, pulut di letak dalam bekas kemudian pulut-pulut kecil bentuk kon yang di bungkus dalam plastik cerah berwarna dicucuk di atasnya dengan selingan bunga telur.

Pulut Kuning Sekarang
atau lebih di kenali sebagai Kek Pulut Kuning,  walaupun gubahannya mula mengalami transfomasi tapi simbolnya sebagai hidangan tradisi masih dikekalkan. semakin banyak variasi bentuk dan gubahannya, kegunaannya pula semakin meluas.   Ia bukan saja di sediakan untuk acara-acara tradisi sebagimana pulut kuning dahulu. Selain di jadikan hantaran di majlis pertunangan dan acara memotong kek pulut kuning perkahwinan dan hidangan utama di meja pengantin, ia semakin di gemari di jadikan hidangan di majlis harijadi, pembukaan syarikat, meraikan hari-hari besar dan bersejarah mengantikan kek. 

Kek Pulut Kuning Berhias Setingkat untuk pelbagai keraiaan, harijadi, pembukaan syarikat dan hari besar bersejarah..

Kek Pulut Kuning Gubahan Moden dan Tradisi

Kek Pulut Kuning Bertingkat Gubahan Tradisi dari sayuran, buahan dan telur.

Kek Pulut Kuning Bertingkat Gubahan Moden dari hiasan bunga gumpaste, reben, fondant atau bunga segar.

Kek Pulut Kuning Bentuk Angka dan pelbagai bentuk lagi.

Info Berkait
Kelas Pulut Kuning Citarasawan







...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!