Menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri (◡‿◡✿)

Kepada yang pulang ke kampung halaman, sila pandu dengan cermat dan berhati-hati. kakwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog kerana sudi datang mencuba resepi dan membuat tempahan. Terima kasih :)
Saturday, July 16, 2016

Tart Nenas Keju



Tart Nenas Keju, seperti biasa setiap lembaran biskut tart nenas wajib ada, biskut ini antara kegemaran seluruh keluarga, K1 tak pernah ketinggalan membuatnya untuk kedua mertua K1 di Kelantan.  Lain pula dengan bonda K1 memang tak berapa suka makan biskut, kalau terliur sangatpun sebiji saja yang di jamahnya..

Tart Nenas yang diadun bersama keju ini sangat istimewa rasanya, lembut dengan inti nenas yang masam manis, pastri yang lunak berkrim keju serta ranggup di atasnya kerana taburan keju yang garing.  :D
Tart Nenas Keju
...