728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Thursday, March 24, 2016

Kelas Pulut Kuning Berhias dan Doorgift - 20 March 2016


Kelas Pulut Kuning Berhias dan Doorgift - 20 March 2016, meriah dengan gelagat pelajar-pelajar yang baru pertama kali memegang pisau ukir, ada yang mengigil, ada yang tak konfiden nak buat dan macam-macam lagi maklumlah semua pelajar bekerja tetap datang belajar untuk menambah ilmu masak dan pelaburan menambah pendapatan di rumah :D

Semuanya boleh buat dengan baik, mula-mula saja mengigil, lepas 2,3 ukiran semakin lama semakin sempurna itulah yang K1 selalu pesan kepada pelajar selalu berlatih, lebih banyak berlatih lebih sempurna.. Jom layan hasil tangan pelajar-pelajar K1 ;)

Puan Noor Hasniza, gubahan pulut kuning berhias bentuk heart shape.. Niza suka gubahan yang ringkas dan tak sarat, jadi pilihannya ukiran carrot oren, unggu dan putih berserta 2 ekor burung telur.

Puan Umi Aizam pula gubahan pulut kuning berhias bentuk diamond serta bertangkai, meriah dengan warna warni sayuran dan huruf namanya sebagai kenangan ;) sempat bagi ex-bossnya merasa hee hee :)

Puan Rosliza juga gubahan pulut kuning berhias bentuk diamond, hiasan burung telur, telur berwarna dan ukiran sayuran.  Pulut kuning ini istimewa untuk harijadi anak lelaki pada hari ini 20 Mac, tersemat perkataan happy birthday dari white radish untuk birthday boy.  Happy Birthday boy!  

Puan Juriah jauh datang dari Kluang Johor bak kata orang cari lah ilmu hingga ke negeri China, jadi tiada halangan baginya untuk datang dari Kluang ke Puchong.. Pulut kuning berhias bentuk bunga dan bertangkai, gubahan burung telur, bawang, carrot dan capsicum.. manis untuk hantaran..

Puan Karyati pula gubahan pulut kuning berhias empat segi, ringkas dengan gubahan burung telur dan sayuran yang berwarna warni.

Kepada semua pelajar K1 doakan semoga ilmu yang di pelajari akan di manafaatkan untuk memulakan perniagaan dari rumah.  K1 doakan semoga semuanya beroleh kejayaan.. Aminn.. Terima kasih semua dan maaf ye jika ada yang terkurang muahh muahh !!
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!