728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Wednesday, November 11, 2015

K1 terima lebih dari 160 orang dalam tempoh tak sampai 24jam, biar betul!




Assalamualaikum, salam sejahtera.. hari ni k1 berasa sangat bertuah mempunyai penyokong yang terbaik dari ladang, K1 terkejut juga sebenarnya bila kira jumlah yang mahu mengikuti kelas yang k1 baru je nak plan ni dah mencecah lebih dari 160 orang tk sampai dlm tempoh 24jam, ini membuatkan k1 lagi semangat dengan sokongan yang k1 sendiri tak sangka.. kalau benda ni brjaya, k1 akan buat yg terbaik untuk dapur k1 bagi mcm first class.. acececececeh , dan k1 kena mula fikirkan modul, survey dari semua orang dalam blog..

k1 juga sangat terharu ada yang mahu tempah tiket kapal terbang dari sabah dan indonesia untuk kelas ni, >.< )"


Ni antara soklan yang paling ramai orang tanya tentang kelas

Kenapa k1 tak buat kelas?
Ok, soalan ni sebenarnya wujud senjak 2010 lagi dan k1 terima sehingga lah hari ini, jadi untuk menjawab soalan ini.. k1 berasa k1 masih belum cukup untuk mengajar,  dan tempahan yang k1 terima hampir setiap hari...


Bila k1 nak buat kelas?
k1 selalu fikir akan cuba buat tahun ni atau awal tahun depan, dengan dapur yang baru dan lapang ini k1 hakhirnya boleh plan baik-baik agar iainya berjalan dengan baik dan mahu semua orang yang mengikuti kelas k1 dapat menimba ilmu yang k1 cuba kongsikan dengan baik


Ini plan k1 yang dibantu oleh anak k1 sekali, k1 hanya ambil 4 atau 5 orang sahaja dalam sehari, dan k1 belum pastikan samada hari sabtu dan ahad perlu ada kelas atau tidak


Jadi, k1 pikir pikir pikir.. sambil pegan kepala k1 macam dokter azizan selalu buat, baik k1 letak survey dulu kat bawah ni.. baru lah mata k1 terbuka luas sikit dan dapat idea bernas




Kelas yang anda minati

Pulut Kuning Berhias
Luk Chup & Agar-agar Tembikai
Banji Roll dan Domino kek
Aneka Tart
Bakul Pastry
Other
Please Specify:
Poll Maker



Hari yang anda gemari

Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
Poll Maker






Baiklah nampaknya sampai disini sahaja dulu, k1 tinggalkan kamu kat sini sambil picik survey tu ye hehe, vote vote, k1 sambung buat tempahan lain sampai memikirkan idea untuk kelas akan datang, excited!


...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!