Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Kek Harijadi Kanak-kanak

Birthday Jelly Cake & Cake buat harijadi cucu kesayangan K1


Birthday Jelly Cake & Cake buat harijadi cucu kesayangan K1, Adam Putra yang dah berumur 3 tahun pada hari ini 2 Jun 2015..  Tahun lepas K1 tak sempat buat kek harijadi untuknya kerana terlalu sibuk dengan tempahan.  K1 sediakan lebih awal supaya kawan-kawan Tadikanya juga dapat raikan bersama-sama di Taska sebelum cuti sekolah..

Tahun ini walaupun K1 masih sibuk, carikan masa juga untuk hadiahkan cucu dengan kek cartoon kegemarannya Pocoyo & friends, semua karakter dalam siri kartun ni dia boleh ingat, tema kali ini Pocoyo bersantai bersama kawan-kawannya di pantai..  pasirnya di buat dari serpihan biskut marie dan milo yang boleh di makan :)

Bagi kawan-kawan Adam yang tak makan kek, K1 sediakan satu lagi Jelly Cake bentuk no. 3, seronok tenguk cucu gembira dan teruja bila dapat kek kegemarannya..  Selamat Harijadi Adam moga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa bila dewasa kelak.. Amin ..
Bersama2 kawan Real Kids.. Happy Birthday Adam sebelah miss Amoi yang cute tu....