Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Fondant Cupcakes

Tempahan Kek dan Cupcake Hantaran - Nautical Cake & Cupcake


Tempahan Kek dan Cupcake Hantaran - Nautical Cake & Cupcake untuk pertunangan Capt Junadie Tan dan Hakimah 25 Oct 2014.  TQVM

Ini pertama kali K1 menerima tempahan kek dan cupcake yang bertema pelayar seperti Nautical Cake & Cupcake ni, selalunya tempahan bertemakan taman dan bungaan.  Seronok juga :) dengan tempahan kawin zaman sekarang, mengikut tema pekerjaan pengantin, jika capt mesti lautan, kapal, sauh, kompas dan icon yang berkaitan dengannya..

Oleh kerana terlalu banyak tempahan pada 25 Oct 2014 dan kesuntukan masa, K1 minta bantuan anak dan serahkan tugas mendeco Nautical Cake & Cupcake padanya, sebelum ni anak tak pernah menunjukkan minat dalam bidang baking tapi K1 tau bakatnya yang pandai melukis dan design sesuatu seperti kad ucapan dan fesyen.. K1 mintanya merujuk pada internet kerana kesuntukan masa untuk mengajar. 

Setelah siap deconya K1 pun agak terkejut dan kagum jugak dengan kebolehan anak sebab ini pertama kali dia menyentuh fondant dan hasilnya seperti yang K1 harapkan :D feeling happy kerana anak dah menunjukkan minatnya terhadap bidang baking .. Nautical Cake & Cupcake ini hasil kerjatangannya yang pertama dalam bidang baking dan berharap akan mengikut jejak K1 kelak.

Tempahan Kek dan Cupcake Hantaran - Nautical Cake & Cupcake