Status tempahan bulan July

Tempahan untuk bulan August telah ditutup(penuh). Untuk makluman kelas atau PJJ sila Whatsapp di 011-60603515. TQ
Sunday, October 12, 2014

Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak



Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak, sewaktu pertama kali melihat resipi kuih lapis india ini di blog Hesti's Kitchen sudah buat hati tertawan .. uniknya kuih lapis ini beralun dan bergelombang seperti ombak, mungkin jugak beralun seperti tarian india seperti kata Hesti :D tetapi bukan berasal dari India hee hee :)

Pastinya kuih ini memang unik, menggunakan adunan sama tetapi bila kuih dah masak, ia menjadi 2 lapisan warna, satu terang dan satu lagi gelap, contrast warna dan gelombang yang terhasil dari adunan telur, santan dan gula merah naik ke atas seperti membuat puding telur, terasing menjadi 2 lapisan..

Untuk menghasilkan lapisan-lapisan cantik ini, ia mengambil masa antara 3-4 jam, kuih sangat lembut dan rasanya seakan serikaya gula melaka :D
Resipi :   Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak
...