728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Thursday, September 11, 2014

Tempahan Aneka Kek Lapis Hantaran


Tempahan Aneka Kek Lapis Hantaran untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan.  Terima kasih Hidayu, untuk di bawa pulang ke Pahang,  kek lapis sesuai untuk perjalanan jauh kerana lebih tahan lasak dari kek bersalut buttercream atau fondant, memandangkan cuaca yang panas lembab, K1 tak syorkan kek2 begini kerana mudah cair dan hilang bentuknya..

Kek Lapis Coklat Strawberry, gandingan coklat dan perisa strawberry, hiasan ringkas bunga gumpaste peach dan gold..  untuk makan2 bersama keluarga, kek lapis oreo jadi pilihan..

Kek Lapis Polkadot hantaran ini pula tempahan dari Intan Zaza yang akan di bawa ke Perak.. juga untuk perjalanan jauh.  Moga semua selamat sampai ke destinasi :D
Keistimewaan kek lapis, selain sedap dan tahan lama, ia juga tak perlu di hias berlebihan, setangkai bunga gumpaste sudah memadai untuk ia kelihatan mewah..  Atas, kek lapis coklat strawberry dan bawah kek lapis polkadot.. :D
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!