728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Saturday, August 2, 2014

Kuih Buah Tanjung



Kuih Buah Tanjung, kuih tradisi Kelantan ini bukan kuih biasa.. ia pemanis mulut istimewa dan di dapati ketika bulan puasa atau untuk hidangan di majlis-majlis keraian seperti pertunangan atau pernikahan.  

Kuih Buah Tanjung di adun dari keseluruhan kuning telur dan campuran tepung pulut dan beras.,, dan jangan terkejut kerana ia di sira dengan 1kg air gula.. memang manis leting kata ore kelate.. kerana itu ia tidak dijual atau di makan di hari-hari biasa .. yang ada diabetes jangan sesekali berani memakannya ..

Kebanyakan kuih muih pantai timur banyak menggunakan telur dalam adunannya kerana itu ia perlu manis untuk menjadikannya tahan lama dan sekaligus menghilangkan bau hanyir telur.. rasanya manis dan di bentuk seperti buah tanjung yang masak ranum berwarna oren keemasan.. enak dan manis tetapi beringatlah ketika memakannya sebiji dua je oke :D
Resipi : Kuih Buah Tanjung
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!