728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Wednesday, October 9, 2013

Bersantai di tepi Pantai.. Jom Langkawi !

Dapo K1 berehat sekejap ye.. Jom ke Langkawi dulu,,, Kalau melancong dalam negeri, Pulau Langkawi tempat yang paling K1 suka dan paling kerap kunjungi.. bole berehat dan bershopping sekaligus :) hee hee terapi minda selepas penat bekerja di dapo :D
Day 1 :  6 oct, 4.30pm tiba di Airport Langkawi, lewat 20minit kerana kapal terbang tak dapat turun kerana hujan lebat.. masa bertolak cuaca baik saja.. jadi tak banyak aktivi yang dapat di buat, sampai di Bella Vista Resort,  berehat sebentar dan keluar makan malam di bandar Kuah, balik dan tidur saja kerana kepenatan..
Day 2 :  7 Oct Boating Trip, jalan-jalan keliling pulau, Kilim Geoforest Park, Gua Kelawar, Gua Buaya dan Sangkar Ikan.. Trip mengambil masa 2 jam untuk mengelilingi pulau-pulau sekitar.. sungguh adventure terutama masuk ke dalam gua kelawar dan gua buaya..
Day 3 :  8 Oct, dah berehat dan jalan-jalan bersama suami dan anak, masa untuk bershopping pula, :D :D :D ...
bagi blogger masakan seperti K1, Pulau Langkawi umpama surga beli belah dan tak akan pulang dengan tangan kosong hee hee :D .. ikutkan hati rasa nak borong semuanya ..murah-murah dan banyak pilihan hiss mengoda betul :)
bagusnya bercuti sewaktu bukan musim cuti, jalan dan shopping complex lengang tidak sibuk dan bersesak seperti musim cuti jadi ada banyak masa untuk membuat pilihan, luckily kabinet dapo K1 sudah penuh dan tiada ruang lagi untuk barangan baru jadi K1 terpaksa berfikir banyak kali untuk bershopping sesuka hati keh keh keh...   Antara tempat-tempat best untuk bershopping barangan dapur yang patut di kunjungi adalah di Jetty Kuah, Idaman Suri, Haji Ismail Group, Langkawi Saga, Coco Valey, Teow Soon Huat Duty Free dan Wira Langkawi, sebenar banyak lagi shopping centre yang baru di buka di sini kerana masa suntuk jadi tak dapat lah nk jelajah semuanya..
dan buah tangan yang paling istimewa dari Pulau Langkawi yang setiap orang tak kan pulang tanpanya.. "minyak gamat"  .. ada banyak produk dari minyak gamat dari air, minyak urut, wangian, sabun dan pelbagai jenis lagi.. yang ini mesti di bawa pulang ..
Sebelum menaiki pesawat, sempat juga menjamu selera di gerai laksa ikan sekoq berdekatan dengan Airport, gerai di tepi pantai ini sangat popular dengan laksa ikan sekoq dan pasembur.. sedap sekali dengan air cendol pulut yang lemak dan pekat.. :D adoyai dah berlalu percutian 3 hari yang singkat, esok dapo K1 akan beroperasi seperti biasa..
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!