Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Media

RASA Mac 2013 - Penghargaan Buat Blogger Masakan

RASA Mac 2013 - Penghargaan Buat Blogger Masakan.  Bangga muncul bersama blogger femes CMG@tiffinbiru,Azlita Aziz@fromintankitchen,CT Delima@sitidelima.com,Noorsha@Noorsha.blogspot dan Puan Aminah@cookerypot.blogspot.
Assalamualaikum wrtb .. Dah dapatkan Majalah RASA Mac 2013, Kak Wan rasa ramai yang telah memilikinya dan jika belum,  miliki sekarang sebelum kehabisan.. Edisi blogger kali ini cukup istimewa kerana K1 antara ribuan peminat Dapur Tanpa Sempadan akhirnya dapat melihat wajah di sebalik tiffin biru, siapa lagi jika bukan Idola K1,  Che Mat Gebu@tiffinbiru.com, blog masakan hebat dan sangat terkenal,  juga  satu-satunya blogger masakan lelaki yang aktif dengan kepelbagaian  masakan yang tersendiri dan enak-enak..  Tahniah juga buat Mat dengan capaian 22 juta pageviewers bukan mudah untuk mencapai tahap tertinggi begini,  hanya yang dedikasi saja berjaya melakunya :D
Blogger masakan kegemaran K1 dan yang dikagumi,  Puan Azlita Aziz@ fromintankitchen yang kreatif dan innovatif,  sentiasa tampil dengan pelbagai idea baru, food photography yang cantik membuat K1 atau sesiapa saja teruja setiap kali melihat sentuhannya.. kerjatangannya di rancang dengan rapi dan teliti bermula dengan satu resipi sehinggalah ke food photography yang indah dan berseni .  Tidak hairan lah Blognya yang terbaik dan sangat sempurna dalam semua segi, rasanyer tentu ramai yang bersetuju dengan K1 kan...
Yang famous amos Che CT Delima@Dari Dapur CT,  rajin dan bijak mengolah resipi, menjadikan yang menarik bertambah menarik malah masakannya kerap muncul di dalam majalah masakan tempatan dan majalah online luar negara.  Kenangan istimewa bersama CT kerana ini kali kedua K1 berganding dengannya di dalam majalah AROMA dan RASA.. Food photography nya juga antara yang terbaik .. Tahniah buat CT kerana gambar masakannya menjadi cover Majalah RASA bulan Mac 2013..
dan tahniah juga buat Noosha@1001 Cerita 1001 Rasa yang aktif berbisnes serta Puan Aminah@ Penyulawa, moderator sebuah web masakan terkenal yang tak kurang hebatnya.   
Rasa cukup istimewa dan amat berbangga kerana di beri peluang oleh Majalah RASA untuk muncul bersama idola-idola kesayangan K1.  Terima kasih Majalah Rasa, wartawan cik siti Ramlah dan crew majalah RASA kerana memberi penghargaan buat kami blogger-blogger masakan di ketengahkan di dalam Majalah RASA yang terkenal dan telah lama berada di pasaran..
Bagi K1 pula rasa berbaloi mengambil keputusan menjadi surirumah sepenuh masa sejak 4 tahun lepas.  Tidak menyesal meninggalkan pejabat berhawa dingin dan sekarang berpeluh di dapur hikk hiikk...  Seperti tidak percaya dalam tempoh ini bole muncul di surat khabar dan majalah dan dapat pula berganding bersama-sama blogger-blogger masakan terkenal. Tapi ia tidaklah datang mengolek begitu saja,, mesti di sertai dengan kerja keras dan rasa tak jemu mencuba.. sehingga sekarang K1 masih lagi belajar dari mereka yang lebih muda, suatu hari nanti K1 juga akan meninggalkan blog bila tiba masanya.. Harapan K1 blog citarasawan dan resipicitarasawan memberi manafaat kepada pengunjungnya, selagi bole K1 akan teruskan.. Kepada pengunjung, jutaan terima kasih di atas penghargaan dan sokongan anda semua kepada blogger-blogger masakan, tanpa anda siapalah kami.. ^_______________^
Assalamulaikum..


Pemberitahuan :  Mulai 1 Mac 2013, Citarasawan tidak lagi mengambil tempahan kuih muih, tart nenas hantaran, Kek bersalut fondant dan Look Chop.. atas sebab-sebab kesihatan, nasihat doktor dan ahli keluarga, K1 hanya akan menerima tempahan yang mudah dan dalam jumlah yang kecil saja.  Harap Maaf dan Terima kasih.