↑ Iklan, Promosi dan peraduan dipaparkan diatas


Tuesday, December 11, 2012

Terima Kasih Majalah Aroma dan Selamat Ulang Tahun Kedua

....

Selamat Ulang Tahun Kedua Majalah Aroma, semalam berlangsungnya sambutan ulang tahun kedua Majalah Aroma di Rumah Tamu Datin Halijah Taman Dato Senu KL.  Tahniah di ucapkan, walaupun masih baru tetapi Majalah Aroma semakin mendapat tempat di hati para pembaca majalah masakan.  Kini Aroma boleh berbangga dengan pencapaiannya, dengan hasil kerja keras tenaga kerjanya ternyata Majalah Aroma kini makin di kenali sebagai salah satu Majalah masakan yang setanding dengan majalah yang telah lama berada di pasaran..
Ucapan terima kasih buat Aroma terutama Cik Siti Dimiati editor majalah Aroma yang mengudang bloger-bloger masakan termasuk Citarasawan ke majlis ulang tahun semalam tetapi sayangnya ramai blogger tersohor tak dapat datang hu hu huu sebenarnya teringin nak jumpa Azlita Aziz@Masam Manis, CT Delima@Dapur CT, Noorsha@1001 Cerita 1001 Rasa, Yatie@Sinar Kehidupanku, Kak Noor@Secubit Garam dan ramai lagi yang pernah menyumbang resipi untuk majalah Aroma.. dan tak sangka ada kejutan buat K1 apabila di anugerahkan plat penghargaan Aroma buat blogger masakan.  Terima kasih tak terhingga atas penghargaan tersebut.  Sumbangan Citarasawan tidaklah seberapa..
Antara gambar-gambar di ambil di majlis tersebut, bangga dapat bergambar dengan Chef tersohor, Chef Ismail
dan tetamu majlis.. terima kasih kepada 3 undangan istimewa yang comel-comel ini kerana sudi bergambar dengan K1 dan pernah mencuba resipi di Resipicitarasawan .. :D Salam kenal
Selamat Ulang Tahun Kedua Majalah Aroma, semoga Aroma bertambah maju ke tahun-tahun mendatang..  di  harap kerjasama antara Aroma dan blogger-blogger akan sentiasa berterusan..
Selamat Ulang Tahun yang Kedua Majalah Aroma ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

###

Mereka juga handal! xD

My Cyber Friends

Busan? xD

Pss.. Busan? xD

Bosan tak? jom main NyanNyan game ,klik
Play!

Mainacakes

DISLAIMER

Ehem ehem..DISCLAIMER

Sebarang penyalinan semula kedalam blog adalah dibenarkan dengan keizinan dan perlu menyatakan sumber yang diambil sebagai tanda penghargaan. Sebarang penerbitan secara bercetak untuk tujuan komersial adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran dari penulis.


Segala gambar dan teks yang ada didalam blog ini hasil daripada penulis blog citarasawan(kakwan) kecuali disertakan sumber yang diambil.


HakCipta Terpelihara




©Awesome'kan blog Bisnes anda di :

  ©Tempah blog bisnes anda di : .

^ Naik Atas