Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Media

Citarasawan Aroma November 2012 - Edisi Raja Sehari

Citarasawan Aroma November 2012 - Edisi Raja Sehari
Berita baik buat bakal pengantin.. Aroma Edisi Raja Sehari memaparkan persiapan lengkap hantaran pengantin, Lauk Pauk Hidangan Raja Sehari, Puding, Pulut Kuning, Gubahan Agar-agar Kering, Pemanis mulut Halwa dan Wajik, Coklat dan Fancy Biskut untuk cenderahati dan Ukiran Buah dan Sayuran untuk hiasan Meja Mempelai..  Persiapan lengkap untuk menyempurnakan majlis bermakna bakal pengantin.
Edisi November ini K1 menyumbangkan Agar-agar dan Puding, Pulut Kuning Bertingkat, sebagai penganti kek dan penyeri majlis.
Agar-agar dan Puding Hantaran
Tart nenas buah-buahan, Look Choup dan Puff Bakul

Untuk meja Hiasan mempelai, ukiran dari buah dan sayur hasil kerjatangan En. Sharil sungguh unik dan kreatif sekali. Sungguh halus hasil tangan beliau, sebatang lobak putih di ukir menjadi seekor merak yang sangat cantik..penyeri meja pengantin.

Gubahan dari Buah-buahan dan Sayuran untuk Hiasan Meja Pengantin
Ukiran burung merah yang kreatif dan unik

Gubahan agar-agar kering yang digubah bak sejambak bunga tidak kurang hebatnya,  cantik untuk pengisian dulang hantaran.

 
Gubahan Agar-agar Kering
Halwa dan Wajik pula antara pemanis mulut warisan tradisional yang masih di minati hingga kini. Kekal sebagai simbol pemanis mulut hantaran yang istimewa. Bagi yang mengemari warisan lama ini Puan Zakiah dan ibunya Puan Zainab masih mengusaha pemanis tradisi ini untuk hantaran.. (maaf tiada link atau contact) Untuk tempahan gubahan wajik boleh menghubungi En Helmi di talian 014-6628039 untuk tempahan.
Gubahan Wajik Bunga

Biskut fancy dan coklat pula antara pilihan bakal pengantin sebagai cenderahati atau doorgift kepada jemputan..
Biskut fancy comel sebagai cenderahati
Bellacupcakehouse.blogspot.com

Coklat buatan tangan bukan saja enak tetapi datang dengan pelbagai bentuk yang comel dan unik, cenderahati buat tetamu..
Coklat Buatan Tangan, enak dan unik
Edisi Raja Sehari Aroma November 2012 padat dan lengkap dengan idea lama dan baru pemberian hantaran.  Dengan harga serendah RM5.90 memang berbaloi memilikinya.  Dapatkan sekarang sebelum kehabisan!  Rugi kalu tak beli..