728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Sunday, April 1, 2012

Senarai Tanda Logo Halal Luar Negara - Menjawab Komen Saudari Mashita

Menjawab Komen Saudari Mashita - Senarai Tanda Logo Halal

Ini adalah komen dari saudari Mashita Pj yang terdapat di salah satu post Citarasawan

" Salam, saya suka tgk kreativiti k1 dalam buat agar2. Tapi saya harap akan dtg, k1 dapat gunakan serbuk agar2 @ stripe yang Halal dari JAKIM @ yang Halal dari luar negara yang diiktiraf dari JAKIM. Sebagai contoh, serbuk agar2 keluaran Nona mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM.
Salah satu bahan yang terdapat dalam agar2 adalah Galetin.Gelatin (or gelatine) is a translucent, colorless, brittle (when dry), flavorless solid substance, derived from the collagen inside animals' skin and bones.(Source : Wikipedia) Untuk mendapatkan collagen dari kulit @ tulang haiwan, haiwan itu mestilah disembelih terlebih dahulu. Persoalannya, adakah haiwan itu disembelih dengan mengikut Syariah Islami?

Maaf kerana mengambil ruang ini untuk berkongsi Info yang mana ramai umat Islam di Malaysia kurang ambil berat dalam untuk membuat @ menyediakan makanan yang Halal. Makanan ini akan jd darah daging kita, sedgkan kita sentiasa beribadah kepada Allah tanpa menyedari setiap titisan darah & ketulan daging kita adalah terdiri dari sumber yang HARAM.

Moga Allah perpanjangan ilmu yang akan share ini mendapat pahala yang berterusan. "

Mashita
PJ


K1 buat satu entri khas bagi menjawab komen Mashita dan mungkin beberapa lagi yang tak sempat atau sedar entri bahan kegunaan yang telah K1 gunakan dan pernah dipostkan disini, K1 juga sedikit keliru dengan mesej yang disampaikan. Walaubagaimanapun, post ini bukan bertujuan untuk kena mengena, tetapi sebagai umat Islam ada baiknya diberitahu secara jelas dan lebih terbuka. bagi mengelakkan sebarang keraguan, dan  pertikaian status halal serbuk agar-agar dan gelatin yang digunakan, Jadi K1 jelaskan dengan lebih terperinci bagi mana-mana yang tiada Logo Halal JAKIM.  Walaupun tiada tanda Logo halal dari JAKIM tetapi produk tersebut mempunyai Logo Halal luar negara yang di iktiraf JAKIM.

Click :ISLAMIC ORGANISATIONS RECOGNISED BY JAKIM 

Click :  HALALPACKET.WORDPRESS.COM/ABOUT-HALAL

Agar-agar yang K1 gunakan pearl mermaid dari Thailand (Halal Thai), dan serbuk gelatin dari brand Nur, Kijang, Bunga Raya dan Nona (Halal Jakim)  - kesemua jenama ni ada di tulis di dalam resipicitarasawan.
 
Gelatin Nona dan Kijang sebelum ini tidak mempunyai tanda halal dan sekarang telahpun mempunyai logo halal JAKIM.   Manakalah brand Nur dan Bunga Raya mempunyai Logo JAKIM dan kesemuanya boleh di dapati di Pasaraya Giant. 

Serbuk gelatin halal di import dari Pakistan dari sumber lembu yang di sembelih.. Berwarna kekuningan dalam bentuk biji kasar biasa di jual di kedai bekalan bakery.

Serbuk agar-agar dibuat dari seaweed atau rumpai laut. Manakala yang di nyatakan oleh saudari Mashita adalah instant jelly (agar-agar segera), yang kandungan adalah campuran agar-agar dan gelatin, jenis ini ada keraguan kerana tidak pasti sumber gelatin tersebut dari lembu atau babi.  Carilah brand halal dari Thai, Indonesia dan Jepun.

K1 minta pada saudari Mashita supaya tidak membuat andaian sendiri, bertanya dulu sebelum memberi komen kerana tindakan saudari Mashitah bukan saja menjatuhkan tetapi merosakkan imej orang lain.

Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi maklumat, memberi komen berhubunglah secara terus dengan K1 kerana sebagai seorang Islam K1 perlu tahu dan peka tentang sensitif halal dan haram makanan.  Sebarang nasihat, pandangan dan komen akan diperingati dan jika ada kesilapan dan kedaifan dari K1, jika makanan yang di labelkan halal tetapi tidak halal, mohon ampun pada Mu Yaa Allah kerana sebagai insan yang cetek pengetahuan dan ilmu K1 harap sentiasa diperbetulkan dan diperingati demi kebaikan.  Amin.. 


Setiap umat islam diseluruh dunia  pasti mahukan Makanan yang Halal dari sumber yang Halal yang telah disahkan, begitu juga kita sebagai umat Islam di Malaysia.

Firman Allah: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezeki kan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.(Al Maidah: 88)

Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan kita sedar ianya haram maka kita akan berdosa di samping hati kita turut gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubahat itu kita makan, tanpa diketahui ianya haram dan syubahat maka tidak berdosa tetapi hati kita yang terbina dari makanan itu tetap akan gelap.


Jiran terdekat :D

Thailand
http://www.halal.or.th/en/main/index.php



 Indonesia
 http://www.halalmui.org/





 Singapore
 http://www.muis.gov.sg/cms/index.aspx




 Malaysia
 http://www.halaljakim.gov.my/









Sama-sama kita berdoa semoga kita dijauhkan dari makanan yang haram, dunia boleh jadi macam-macam, penipuan juga boleh dengan pelbagai cara samada melalui percetakan, penyediaan mahupun pembuatan begitu juga dengan sebuah logo yang hanya tertera sebuah makanan, InsyaAllah kita dijauhkan daripada semua itu hingga ke akhirnya, Wallahualam.

Sedikit Tips :
  • Perhatikan betul-betul code setiap makanan
  • Perhatikan Logo Halal (cara paling mudah untuk mengenal pasti)
  • Jika ragu-ragu sila bertanya pada yang pakar atau hubungi pihak JAKIM

Ok, jum masak!



...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!