728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Tuesday, July 12, 2011

Buku Variasi Agar-Agar dan Puding .. Bukan Buku Kakwan ... :/





Aiyaaa.. belum ada buku sudah ada buku, Buku variasi agar-agar dan puding terbitan Suri Media bukan buku K1... kat buku tu memang ada alamat dan no. h/p K1 tapi sebenarnya K1 tak terlibat dalam penerbitan buku atau menyumbang resipi dalam buku tersebut... huhu!

Buku variasi ini telah di edarkan pada tahun lepas, semenjak itu K1 menerima banyak panggilan dari pengunjung blog citarasawan kerana menyangka resipi dalam buku ini disumbangkan oleh K1.  Terpinga-pinga jugaklah K1 nak menjawab pertanyaan dari pembeli buku kerana ketika itu K1 tidak tahu alamat dan no hp K1 tercatat di situ ingatkan nama saja serupa...:/

Kemudian K1 call pihak suri media untuk mendapatkan penjelasan.  Alamat serta no. hp K1 itu diambil di pasar malam,,??  nak tergelak pun ada .. macam ni kui kui kui.. K1 ni pengunjung pasar malam dan bukannya peniaga pasar malam.. rasanya no hp tu K1 sorang je yang guna kat M'sia ni dan dah berbelas tahun guna tak pernah tukar.,,, memang alasan yang diberikan agak pelik kerana semasa proses penerbitan buku takkan pihak penerbit tidak menghubungi "K1 pasar malam" tu,,,  jika mereka berhubung tentu panggilan tersebut di terima oleh K1.  Agaknya dah jadi glamer sebab tu ada yang menyamar jadi K1 hee hee...

Mengenai kandungan resipi dalam buku tersebut, boleh diguna pakai tetapi kurang detail. Kepada pembeli buku atau yang ingin membeli buku ini untuk juadah bulan puasa nanti di harap berhubung terus dengan pihak admin Suri Media jika kurang jelas dengan kandungan resipinya.  Apapun pihak suri media telah meminta maaf kepada K1 kerana kelalaian mereka dan K1 harap mereka tidak mengulanginya dalam penerbitan buku-buku mereka.

Sekian, wassalam dan terima kasih kepada pengirim buku Pn Mai dari Kuantan dan Pn Jue dari Sabah.

...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!