Status tempahan bulan July

Tempahan untuk bulan August telah ditutup(penuh). Untuk makluman kelas atau PJJ sila Whatsapp di 011-60603515. TQ
Sunday, May 15, 2011

Dulce De Leche Cheesecake


Dulce De Leche Cheesecake, kek keju dengan dasar biskut disgestive dan cornflakes, limpah dengan rasa krim coklat putih dan karamel susu pekat manis (dulce de leche) di lengkapi corak marble juga dari DDL.


Dulce De Leche adalah karamel susu pekat manis (Spanish word), untuk menyediakannya hanya perlu merebus susu pekat manis (bersama tinnya yang telah dibuka pembalut) dalam air yang banyak selama 3 hingga 4 jam.  Cara merebus begini walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi DDL nya lebih halus, berkualiti dan boleh di simpan lama..


Cara mudah untuk membuat DDL adalah dengan menggunakan microwave oven, tetapi cara ini tidak selamat dan tidak digalakkan.  Biasanya susu pekat manis yang dipanaskan dalam microwave akan meruap keluar dan puan perlu berhati-hati ketika mengacaunya.  DDL yang dimasak dengan cara ini juga cepat mengeras dan perlu di adun dengan segera..
...