728x90 AdSpace

Wednesday, March 2, 2011

Table Manner / Adab Di Meja


Table Manner / Adab Di Meja, merujuk kepada cara dan etika ketika mengadap hidangan, juga termasuk penggunaan peralatan di meja makan seperti pisau, garpu, sudu, napkin dan susun atur meja, pinggan mangkuk dan gelas hidangan.  

Susun atur dan etika meja selalunya dipraktikkan  di restoran dan hotel, bagaimanapun etika gaya Eropah ini boleh di terapkan di rumah.

Penggunaan Peralatan Di Meja Makan
Kebanyakan orang tahu menggunakan pisau dan garpu untuk makan tetapi tidak tahu terdapat cara-cara tertentu dalam penggunaanya.  Apabila makanan dihidangkan cara dan perletakan pisau dan garpu adalah seperti gambar di bawah iaitu garpu diletakkan secara terbalik di sebelah kiri dan pisau diletakkan di sebelah kanan dengan mata pisau menghala ke dalam.


Jika anda masih belum menghabiskan makanan dan ingin meninggalkan tempat duduk, cara dan perletakan pisau dan garpu adalah seperti di bawah iaitu diletakkan secara bersilang.  Dengan cara ini, pelayan akan mengetahui yang anda masih mahu menghabiskan makan tersebut dan tidak akan mengemaskan meja.


Apabila anda telah menghabiskan makanan, cara perletakan pisau dan garpu adalah diletakkan secara bergandingan di sebelah kanan, dengan cara ini pelayan akan datang untuk mengemaskan meja.


Jangan terkejut,, jika belum sempat anda menghabiskan makanan, pelayan sudah mengemaskannya.. selepas ini anda akan tahu apakah sebabnya... 
Scroll to Top