728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Wednesday, March 16, 2011

Berpindah ke Dapur Baru


As salam dan apakhabar semua, terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog K1 walaupun dah 2 minggu senyap sunyi jee.. agak sibuk kebelakangan ni kerana menyiapkan persiapan kahwin anak dan berpindah ke rumah baru .. 


Pindah rumah memang memenatkan, angkut barang kemudian kena kemas dan macam-macam kerja yang kena buat,, memang memenatkan sampai hilang mood nak masak .. bagaimanapun rasa seronok bila dapur impian K1 dah siap.. ruang lain sempit tak kisah tapi ruang dapur mesti luas ! sudah tentu kerana masa seharian di habiskan di dapur ..



Terima kasih pada Mama Elis kerana hadiahkan K1 sepasu bunga daisy dan pokok .. tak tahu apa namanya yang cantik ni .. seronok tengok bunga kat dapur sambil masak ...
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!