Menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri (◡‿◡✿)

Kepada yang pulang ke kampung halaman, sila pandu dengan cermat dan berhati-hati. kakwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog kerana sudi datang mencuba resepi dan membuat tempahan. Terima kasih :)
Friday, February 11, 2011

Jagung Rebus - Petua Merebus Jagung



Jagung Rebus - Petua Merebus Jagung  ishh... siapa bilang rebus jagung tak payah guna resipi,,, nak dapatkan jagung yang lembut, manis dan berkilat pun ada petuanya ...macam gambar ni (haaa..terliur tak?) jagung yang masih panas tu, sapu dengan mentega atau marjerin dan sedikit susu pekat manis, walaweii.. dua tiga ketul mesti habis... 


Kata orang dulu-dulu, apabila rebus jagung, jangan letak garam dulu, nanti isinya bertambah liat, letak  garam kemudian apabila jagung hampir empuk ,,, yang pakai gigi palsu di nasihatkan jangan makan  jagung liat nanti boleh patah gigi tuu...


Kalau K1 lebih suka kukus jagung ni  dari merebus supaya kemanisannya tak hilang, lagi satu bila rebus jagung tak boleh lama-lama (over cooked) nanti isinya kecut.. 







...