728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Tuesday, February 8, 2011

Cameron Highland


Cameron Highland, apakhabar semua? menghilang sekejap, relax dalam suasana yang dingin dan sejuk di kelilingi bukit bukau dan lembah yang menghijau Cameron Highland,salah satu destinasi tanah tinggi yang popular dengan cuaca dingin, bukit bukau, lembah menghijau dengan sayur-sayuran, ladang teh, strawberry, bunga-bungaan yang pelbagai species, flora dan fauna yang eksotik .. perkampungan orang asli, kraftangan dan bangunan hotel yang bercirikan Tudor architecture, hasrat ingin menginap di Smoke House tapi dah penuh jadi ke Equatorial Hotel saja...

Cameron Valley, salah satu lembah teh yang di kunjungi ramai kerana kehijauan lembah teh saujana mata memandang mempersembahkan landskap yang sungguh indah...

Perkampungan orang asli yang semakin canggih dan moden dengan talian Celcom dan Maxis,,, mungkin juga Astro,,, 
malah sesetengah rumah buluh telah digantikan dengan rumah batu lengkap dengan letrik dan air wahhh...
Hasil kraftangan orang asli yang halus dan exotik,, gerai-gerai kraftangan di sepanjang perjalanan menuruni bukit ke Tapah ,,,singgah di sini , hilang terus pusing kepala semasa mengelilingi bukit tadi ...
apalagi shopping laa...
Pemandangan ketika hampir malam, dengan berlatar belakang bukit bukau dan lembah yang di terangi lampu-lampu ... dalam hotel memang tak ade air-cond original air condiition...

Permandangan dari balkoni pada waktu pagi, berkabus seperti berada di awangan.... nak mandi pagi ermm memang liat sikit hee hee...

...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!