728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Thursday, December 9, 2010

Ole Ole Bali Restaurant Sunway Pyramid


Ole Ole Bali,  Jika ingin merasa masakan Bali di sinilah tempatnya.. restoran berkonsepkan tradisional Bali cukup menarik dengan hidangan authentic Bali, memang berbaloi makan di sini dengan kelainan rasa dan hidangan Bali yang besar,  berada di dalam restoran ini seolah sedang menikmati hidangan di Bali ..


Udara di dalam restoran pula  cukup relax dan romatik dengan nyalaan lilin dan haruman bunga kemboja, kakwan yang berkaca mata ni pun terpaksa membuka mata luas-luas untuk melihat hidangan .. tetapi ia cukup romatik untuk pasangan berdua dan sesuai juga buat keluarga.


Ole Ole Bali  Restaurant terletak di Sunway Pyramid, sebelah pintu masuk shopping mall Sunway Pyramid,  menawarkan masakan authentic Bali seperti Ole Ole Nasi Campur, Cumi-cumi Goreng, Satay Lilit, Rendang dan banyak lagi masakan tradisional Bali.  Selain itu ada juga western food seperti fish and chips, grill chicken, burger dll.  Hidangan di sini agak besar, (1 hidangan boleh makan untuk 2 orang) first time datang sini, so we orderlah  for 9 persons (including anak-anak buah) and with 9 difference cuisine, wahhh.. the bill came up to ***.++  but it is worth the money.. makanannya pula sedap dan banyak..


Selain dari menikmati hidangan, pengunjung yang meminati hiasan exotic Bali boleh membeli barang-barang hiasan dan artworknya.


Jika berkunjung pada bulan December ini, Sunway Pyramid Mall  dihias cantik dan meriah dengan dekorasi  sempena sambutan Krismas  ..

...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!