Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Baking Techniques

Kaedah Span / Sponge Method


Kaedah Span / Sponge Method, satu kaedah dimana telur (putih atau kuning telur) dipukul bersama gula hingga betul-betul kembang.  Kemudian barulah bahan-bahan lain dicampurkan.

Kaedah span ini biasanya diguna dalam menyediakan kek span (sponge cake), kek chiffon (chiffon cake) dan juga kuih muih tradisional seperti kuih baulu atau kek lapis.  Bagi putih telur ia dijadikan meringue terlebih dahulu, iaitu putih telur dan gula dipukul berasingan hingga kembang dan bertanduk (soft peak) atau puncak lembut.  Kemudian baru di kaup balik dengan bahan-bahan lain.  Manakala kuning telur pula akan dipukul dengan gula hingga kembang dan berkrim.  Kemudian baru di ikuti bahan-bahan lain seperti tepung dan lemak yang dicairkan (mentega / marjerin atau minyak jagung).


Dalam menyediakan kek span, kek chiffon, baulu dan kek lapis, puan boleh melihat langkahnya di resipi-resipi yang telah dipostkan.  Cara begini sememangnya menjadikan kek dan kuih ringan dan gebu tanpa menggunakan yis. 

Berlainan pula kaedah span bagi penyediaan roti.  Yis, tepung dan air diperap beberapa waktu sehingga berlaku proses penapaian (ibu roti ) atau (starter doh).  Kemudian  starter doh ini akan diadun bersama bahan-bahan yang lain yang di panggil doh akhir.

Kakwan :)  mesti baca ... Memasak bukan sekadar resipi ....

1 Comments