Menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri (◡‿◡✿)

Kepada yang pulang ke kampung halaman, sila pandu dengan cermat dan berhati-hati. kakwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog kerana sudi datang mencuba resepi dan membuat tempahan. Terima kasih :)
Wednesday, November 10, 2010

Kuih Talam Beras Gula Merah



Kuih Talam Beras Gula Merah ini seakan sama rasanya dengan kuih tepung boko tepung beras manakala penampilannya seperti kuih talam tepung gandum gula merah, kali ini kakwan menggunakan campuran tepung beras dan tepung hoen kwee.  Hasilnya, kuih ini lebih lembut dan lunak.  Lapisan santan diatasnya menambahkan lagi keenakkannya.


Selain dari lapisan santannya yang di kukus terus, puan boleh mencubanya dengan lapisan santannya dijadikan sos santan seperti hidangan Tepung Boko Tepung Beras, asas adunan dan penyediaan kuihnya sama saja tetapi jika dihidang dengan cara berlainan, rasanya juga akan sedikit berbeza ...


...