728x90 AdSpace

Selamat Menyambut Hari
Raya Aidil Fitri & Maaf zahir dan batin dari Citarasawan
Wednesday, October 30, 2013

Piping Bag / Pastry Bag


Piping bag atau pastry bag antara peralatan penting dalam proses menghias kek, biskut atau pelbagai tujuan lain, biasanya berbentuk kon atau tiga segi, yang diperbuat samada dari plastik, kertas atau waterproof cotton/fabric.  Piping bag yang berkualiti selalunya di perbuat dari bahan seperti nylon, polyester, getah atau fabric kalis air dan boleh diguna pakai semula.

Bagi tujuan menghias, hujung piping bag akan digunting dan di masukkan dengan nozzle yang kemudiannya diisi dengan semi solid foods seperti  icing, cream, custard, meringue, chocolate atau krim putar. 

Selain dari membeli piping bag (ready made),  puan boleh membuatnya sendiri di rumah dengan menggunakan parchment paper atau kertas minyak yang di gulung menjadi bentuk kon.  Bagaimanapun piping bag dari kertas tidak sesuai di isi dengan meringue, piping jelly atau krim putar kerana mudah terkoyak, untuk tujuan ini piping bag dari kertas hanya sesuai untuk isian buttercream atau coklat cair.  Ikuti langkah-langkah menyediakan piping bag dari kertas yang mudah ini.

Ambil sekeping kertas parchment / kertas minyak, lipat menjadi tiga segi, kemudian potong di tengahnya menjadi dua kepingan tiga segi.



 

Tandakan dibahagian tengah kertas dan gulung sehingga hujung atasnya bertemu menjadi bentuk kon seperti dalam gambar.  Lipat lebihan kertas ke dalam dan gunakan pelekat di hujung dan tengahnya.


Siap di gunakan untuk tujuan menghias .. pakai buang



Scroll to Top