Menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri (◡‿◡✿)

Kepada yang pulang ke kampung halaman, sila pandu dengan cermat dan berhati-hati. kakwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog kerana sudi datang mencuba resepi dan membuat tempahan. Terima kasih :)
Sunday, September 05, 2010

Tentang Kek Lapis



Tentang Kek Lapis

Kek lapis layak di gelar "Ratu Kek " kerana mempunyai rasa yang unik, membuatnya pula agak rumit dan memakan masa yang lama, bahan-bahannya sangat mewah dengan adunan telur yang banyak serta penampilannya yang unik dengan lapisan-lapisan yang penuh warna-warni .  Kek Lapis berasal dari empat  negara Asia, seperti di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura tetapi tidak ada di Thailand dan Filipina.

Kek Lapis Serawak
Kek Lapis Serawak sangat terkenal kerana penampilan keknya  yang berwarna-warni dan mempunyai pelbagai corak yang unik, adunannya agak manis kerana banyak menggunakan susu pekat manis, horlick, buahan-buahan kering malah keju pun ada.  Keistimewaannya adalah kreativiti corak-coraknya yang unik yang tiada pada kek-kek lain.

Kek Lapis Indonesia
Kek Lapis Indonesia terkenal dengan Kek Lapis Betawi yang mempunyai rasa berempah, kek ini lebih asli kerana adunannya tidak di campur dengan lain-lain bahan tambahan.


...